Saturday, 28 June 2014

FROM EXEC TO NON EXEC

FROM EXEC TO NON EXEC





Berjawatan operation executive di sebuah syarikat logistik.  Dengan gaji basic RM2000.00 elaun, OT, BONUS berbulan-bulan gaji dan makan minum disediakan sebanyak 3 kali sehari iaitu pagi, tengah hari dan petang, Pendek kata kalau aku keluarkan kereta dengan ansuran RM 500- RM 600 cukup dengan buat ot selama dua hari. semuanya akan settle.

Duit? tidak menjadi masalah buat aku, apa-apa sahaja yang aku nak, aku beli je.

Namun begitu, aku tetap merasa seolah-olah tidak kena pada tempatnya kerana aku lebih menyukai jawatan Admin atau position yang hanya memerlukan aku berurusan dengan file, dokumen, dan komputer sahaja.

Kerja disini agak mencabar, kerana setiap harinya terpaksa bergaduh dengan driver, even sudah penat aku jelaskan. Pernah juga hampir bertumbuk gara-gara kerana system down.

Aku teringat kata-kata seorang kawan aku

 "kalau gaji tinggi pangkat best... tapi hari-hari kena maki, nak kena bergaduh, hati tak tenang nak buat apa? baik kerja yang gaji rendah tapi hati bahagia"

Bermula lah sebuah perjalanan baru buat aku, akhirnya aku berhenti di syarikat logistik. Aku seboleh-bolehnya mahu sahaja berhenti dari situ secepat mungkin. Akhirnya aku berhenti tanpa ada kerja lain terlebih dahulu. 

Sudah bermacam-macam kerja aku cuba, tapi semuanya gagal. Akhirnya pilihan terakhir aku hanyalah dengan bekerja di parkson, hanya sebagai promoter. Di situ aku, gaji dikira jam. tidaklah semahal kerja logistik. 




Kini aku perlu berjimat cermat, kadang-kadang rasa mengidam nak makan ayam penyet atau nasi kukus, terpaksa aku tahankan dulu, tunggu dapat gaji baru makan. Kadang-kadang kalau dah dapat gaji pun, tak dapat nak beli sebab duit terlalu banyak kegunaannya namun jumlahnya sikit sahaja. Walauapapun Alhamdulillah... Ya.... aku tetap bersyukur.... aku cukup tenang dan bahagia begini.....



Baca lagi...

Thursday, 12 June 2014

Perjalanan Yang Panjang

Perjalanan Yang Panjang....





“ Ala... Sabarla yani (bukan nama sebenar) anggaplah semua tu sebagai ujian Allah. Sebuah ujian untuk naikkan darjat kau... Kita ni hambaNYA...  so kita memang layak diuji.. kau kan dah sebulan lebih kot kerja.. sabarlah ,” pujuk hairi. Ayatnya kemas tersusun sambil itu matanya tepat memandang wajah yani….


Yani pula tertunduk merasakan dirinya terlalu kecil kerana gagal memahami hikmah disebaliknya. Tetapi sejam yang berlalu seakan-akan baru seminit berlalu…

PAnngggg..!!!

Berkecai sebuah handphone dihempaskan oleh seorang pekerja bawahannya, kerana terlalu marah dengan Yani yang dianggapnya sebagai penyebab kepada dia ditahan memasuki perlabuhan. Mungkin dianggapnya sebagai merugikkan masa dan sengaja menyusahkannya…

“lain kali kau jangan mintak tolong aku lagi, kau ada Tanya kenapa kol aku tak dapat kan? Haaahhh…!!! Kau amik balik handphone ni, jangan cari aku lagi…!!!!”

Seketika suasana menjadi senyap… berpuluh mata memandang kearah Yani. Kecut perut bercampur geram, marah dan kesal terus menyelubungi Yani.
Tanpa berfikir panjang.. lantas Yani mengambil beg kerjanya lalu keluar dari office … sesekali tangannya kerap juga menyapu linangan air matanya itu…



Puas sudah Yani menjelaskan bahawa system down  adalah penyebab kepada masalah ini, namun tidak juga didengari pekerjanya… dan suasana malam yang dingin terus menengelamkan suasana tegang itu..
Baca lagi...

Sunday, 26 August 2012

Bagaimana kalau.....????


Bagaimana kalau.....????

(sekadar hiasan)

"ija..aku tak tahu apa yang aku perlu buat, patut ke aku terus berusaha supaya jodoh aku dengan mat dipanjangkan? atau aku patut lepaskan saja dia berlalu pergi macam tu aja?" mata sue berkebil-kebil mahukan pendapat dari ija, dia tahu ija mampu memberikan pendapat yang bernas buat dirinya.


"alaa.. apa kata kau buat solat istikharah, kau mintaklah petunjuk maybe kau akan dapat jawapan yang lebih baik daripada pendapat aku kot." cadang ija sambil menghenjut bahunya keatas.


"tapi.. aku takut kalau aku tak sure dengan petunjuk atau jawapan yang aku dapat past solat istikharah macam mana? katakanlah kalau aku was-was dengan apa yang aku rasa or apa yang aku dapat past solat sunat tu, macam mana? apa yang aku nak buat nanti???" sue segaja mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Saat ini fikirannya cukup buntu.


"kau nak minum air tak?"
sue mengangguk walaupun dia hairan kenapa tiba-tiba sahaja ija bertanya begitu. bukankah mereka tengah berbincang???

ija, mengambil jar air dengan gelasnya sekali. sebiji gelas diberikan kepada sue...sue mengengam gelas itu, ija tanpa berlenggah lagi terus menuangkan air kedalam gelas yang dipegang oleh sue.

"ija...! ija...! dah penuh ni tumpah ni... stop! stop!", mengelabah sue dibuatnya.

"ye..! aku tau tu..." ija sudah berhenti dari terus menuangkan air.

"itulah diri kau, perasaan was-was dan tidak yakin dalam diri kau tadi samalah seperti air yang melimpah ruah tadi. perasaan was-was kau terlalu banyak! sehingga tumpah.. kau faham kan maksud aku???"

sue.. mula mengerti. dia tidak mampu menidakkan apabila yang dikatakan ija adalah sebuah kenyataan.


moral of the story:

Penyakit was-was adalah antara penyakit yang paling serius dan ada kalanya akan mencapai tahap yang kronik. Pada tahap ini penghidapnya akan kelihatan seperti tidak dapat dipulihkan lagi memandangkan keadaan diri mereka yang teruk. Was-was adalah serangan penyakit hati yang melanda manusia melalui saluran gangguan makhluk yang disebut Allah sebagai al-Khannas. Firman Allah SWT :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia, yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (An-Nas : 1-6)

Baca lagi...

Thursday, 26 July 2012

Alahai Laman Sosial...!!!

Alahai Laman Sosial...!!!

printscreen sbg contoh. click utk tumbesaran ^^



kadang-kadang ramai yang memaki hamun. sebagai contohnya, jika menonton video-video artis yang kurang elok, mesti dibawahnya kita akan tengok komen-komen yang menyumpah, memaki hamun dan macam-macamlah sehinggakan aku terfikir kenapa tidak kita doakan sahaja "dia" supaya berubah kearah yang lebih baik. Dapat juga pahala dan orang-orang yang sedang memaki hamun itu tanpa dia sedari dia mendapat dosa hanya dengan kata-katanya yang telah dizahirkan kepada tulisan.
sedangkan kita belum pasti akan kesahihah sesuatu perkara itu. 


Dan bagi yang sengaja meng"upload" gambar-gambar atau video-video yang mengaibkan orang lain pula. Dosa yang anda dapat daripada pergaduhan antara para "pengomen" dan sehingga menimbulkan segala kata-kata yang tidak elok untuk disantapi minda.


Buka mata, buka hati, buka minda agar penglihatan serta pemikiran menjadi luas ...

Baca lagi...

Tuesday, 24 July 2012

Faham Ke Kita???

Faham Ke Kita???

"Encik-encik kami  sedang menyertai sebuah pertandingan, yang mana dalam pertandingan ini kami ditugaskan untuk menjual barang. Kami ada jual beg dengan harga RM 12.00 dan Perfume dari paris yang pure dan tidak dicampur apa-apa pun" sambil menunjukkan produk-produk yang ada sambil turut berjalan mengikut pelanggan. Malangnya tiada sesiapa pun yang melayan percakapan itu. 


Masing-masing dengan muka yang letih, fed up , patah semangat, geram dan semuanya bercampur menjadi satu.

"tengok tiada seorang pun yang layan apa yang kita cakap, diorang buat endah tak endah je,haishhh...!!!". Kata salah seorang dari kami sambil mengelap-ngelap peluhnya dengan tuala 'good morning' yang berwarna putih. Tetapi masih lagi merungut-rungut, tetapi kalimatnya tidak jelas. Tapi yang aku tahu rungutnya bertompok radang dan kecewa mungkin agaknya ditambah pula dengan penat.

"hrmmm aku tak kisah kita menang ke kalah ke... yang penting kita just enjoy je, jangan stres-stres lagi... hehehe itulah sebelum ni kalau kita outing ke apa ke, kalau orang nak promote barang kat kita, kita lari, tak nak dengar dulu apa yang dorang nak cakap. And then sekrang ni, kita dah ada ditempat mereka, sekarang aku gembira sebab aku dah faham apa perasaan dorang sekarang ni hehehe" kata zameer sambil senyum-senyum sinis.

"Alaaa dah kita tak nak beli nak wat camne???" kata shila sambil mencebik bibirnya.

"dan dorang pun sama jugak, dorang taknak beli jugak so apa kita nak buat???" terang zameer...

dan aku biarkan sahaja mereka begitu. Tapi apa yang ingin disampaikan disini ialah kita tidak akan pernah mengerti perasaan seseorang atau situasi orang lain selagi kita tidak cuba untuk meletakkan diri kita di tempat orang lain. Dan apabila kita mampu meletakkan diri kita pada situasi yang dialami oleh orang lain. Barulah kita akan mulai memahami kenapa dan mengapa .....

sekadar celoteh bersahaja
Baca lagi...

Monday, 23 July 2012

Perkara Besar Tapi Kita Tak Nampak

                                         
                                       Perkara Besar Tapi Kita Tak Nampak

(sekadar hiasan)


Aku masih ingat suasana dalam dewan kuliah agak sejuk, dengan bilangan pelajar yang agak ramai. Pintu tiba-tiba di kuak dari depan. Masuklah seorang Pensyarah Falsafah. seorang lelaki yang agaknya mungkin sudah mencapai umur 50-an agaknya atau mungkin lebih.


"Saya nak tanya kamu semua. Allah itu Besar ke kecik? kalau besar kenapa kita tak nampak? setahu saya benda kecik je yang kita tak nampak. Ada sapa-sapa boleh jawab tak? Awak jangan fikir saya sedang ajar awak murtad ke apa pulak, saya islam dan saya sayang islam. Sekarang saya nak kamu berfikir secara logik."


soal pensyarah itu kepada kami. Semuanya hanya diam sahaja.

"Baiklah, saya akan beritahu kamu semua. Saya nak cerita sesuatu" kata pensyarah sambil menarik kerusinya.


si anak:  Ayah ... Allah tu besar ke kecik???

Ayah:    Allah tu Maha Besar nak.

si anak:  tapi kalau besar kenapa kita tak boleh nampak??? biasanya benda yang kecik macam kuman je yang kita tak boleh nampak...kalau besar kenapa ayie tak nampak ye ayah?

Ayah: dah lah , kamu nie banyak tanya, dah pegi mandi, sembahyang.

Kanak-kanak sememangnya penuh dengan soalan. Mereka sering bertanya apa-apa sahaja yang terlintas difikiran mereka. Namun jika kita sebagai orang yang lebih dewasa dengan menjelaskan sesuatu dengan penjelasan yang mudah serta logik untuk difahami oleh mereka, soalan mereka tidak akan bertemu jawapan. Dan pemikiran mereka mungkin akan berubah.

"setelah, saya besar... saya belajar jauh-jauh tentang ilmu falsafah islam dan ilmu falsafah barat. Akhirnya saya dapat jawapannya. Dan sekarang anak saya pula yang bertanya kepada saya soalan yang sama." kata pensyarah Falsafah.


Aiman: abah Allah itu besar ke kecik???

Abah:  Allah itu besar, Allah itu maha besar.

Aiman: tapi kenapa aiman tak boleh nampak ? setahu aiman kalau benda besar mesti kita nampak dan kalau benda tu kecik mesti aiman tak nampak.

Abah: macam ni, aiman tengok rumah kita tu besar ke kecik??? (sambil menunjuk-nunjuk ke rumah mereka, kerana waktu itu mereka ada diluar rumah), ok, aiman kata rumah kita besar kan? jom kita masuk dalam rumah. Sekarang kita dah ada dalam rumah. Aiman nampak tak rumah kita?


Aiman: tak nampak la bah,aiman cuma nampak tingkap, kayu dan papan je.


Abah: jadi aiman dah tau kan, Tak semua perkara yang besar itu kita boleh nampak, betul tak???


Aiman: A'aa la abah. Aiman tak nampak pun rumah kita sebab rumah kita besar. Sekarang aiman dah faham dah.


entry ini diambil hasil penjelasan daripada seorang pensyarah falsafah islam. kalau salah tolong betulkan 

Baca lagi...

Sunday, 22 July 2012

Bulan puasa, mercun dan kuih



                           Bulan puasa, mercun dan kuih








"semua pelajar lelaki diminta turun ke tapak perhimpunan sekarang juga" ... suara pengumuman dengan menggunakan pembesar suara agak jelas. Dan aku pasti satu sekolah semua dengar.


Aku tahu kenapa hanya pelajar lelaki sahaja yang disuruh berkumpul di tapak perhimpunan dan dan bukannya disuruh pelajar perempuan turut turun sama. Ini semua gara-gara letupan mercun yang kedengarandaripada tandas lelaki. Tepat pukul 12 tengahari bunyi mercun memecahkan suasana sekolah dengan bunyi yang agak kuat.


Aku tengok cikgu berlari-belari masuk ke tandas mungkin ingin menangkap pelajar yang menyalakan mercun agaknya. Aku lihat hanya asap yang berkepul-kepul keluar. Tapi tiada seorang pun pelajar yang ada dalam tandas itu. Mungkin sumbu mercun telah di pasang pada ubat nyamuk. Dan ubat nyamuk tersebut dinyalakan dan diletakkan dalam tandas.


"Ketua kelas, tolong check sapa yang tak ada sekarang ini". Kata cikgu disiplin sambil jarinya ditunding-tundingkan kearah semua pelajar.


"cikgu... budak-budak ni saya tangkap time diorang lompat pagar sekolah, dorang keluar dari kawasan sekolah" . kata cikgu aman yang turut hadir sama di tapak perhimpunan.


Cikgu menjumpai kuih dalam poket pelajar yang ponteng tadi. Pada bulan puasa ini, ada kuih dalam poket. Memang sah-sah la diorang tak puasa.


"Kamu puasa ???"
tanya cikgu disiplin kepada tiga orang pelajar tadi. Suasana dalam bilik disiplin agak sunyi dan tertutup. Aircond memang berfungsi dengan baik, satu bilik itu memang sejuk.


"kami tak puasa"
kata salah seorang dari mereka sambil tersenyum-senyum tersipu malu.


"habis tu , mak bapak korang tau ke tak ni yang korang tak puasa???" tanya cikgu disiplin sambil bermain-main dengan rotannya yang sudah pecah sedikit dihujungnya.


"dorang dah tau dah"


"habis...!!! dorang tak marah ke kamu tak puasa ni???" cikgu yang separa menjerit kerana agak terkejut.


"tak.. dorang tak kata apa-apa pun"


cikgu disiplin, menundukkan kepala sambil mengelengkan kepalanya. Mungkin turut berasa kesal agaknya....
Baca lagi...