Sunday, 11 December 2011

Antara belakon dan agama

Hari ini  CK  a.k.a cilikering akan berkongsi  serba sedikit ilmu especially for muslim .  Apakah hukumnya bagi seorang pelakon atau penyanyi   a.k.a seorang penghibur bagi seorang wanita. Telah lama ck mencari-cari sebuah jawapan untuk soalan ni . finally jumpa juga.


Check this out...!!!





kepada wanita , pilihan ditangan anda 




Baca lagi...

Friday, 9 December 2011

Bilamana wanita itu tidak dihormati lagi, maka kenalilah ia dahulu...

Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara

 sengaja ataupun tidak sengaja.
Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya
 bangkit kembali.
Juga buat perempuan-perempuan yang masih terluka...

******************

Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu.
 Seorang perempuan yang dahulunya engkau biarkan, 
seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, 
seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang
 tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang 
sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa
 dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit
 mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, 
seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, 
seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan
 yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan
 yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan 
seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang 
sebenar!



Kerana cintanya, engkau mengajaknya melakukan dosa, 
sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia.
 Engkau pernah menghancurkan hatinya sedangkan
engkau tahu dia perempuan terhormat. Engkau pernah 
menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia
 perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya 
sedangkan engkau tahu cintanya suci. Engkau mempermainkan
 hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat.

Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. 
Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah
 berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. 
Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan
 perempuan hebat itu menjadi seorang hamba cinta!!

Jika dia suatu masa dulu, seorang muslimah yang terkenal
 mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan
 kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya
 menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan. Jangan 
pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau permainkan 
kehormatannya. Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang 
mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya 
engkau, dia menjadi seorang yang berbeza, menjadi perahsia terhadap 
mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah 
ragut keceriaannya.

Dan, setelah sekian lama engkau bersamanya, engkau masih tidak 
menjadikan perhubungan kamu menjadi halal. Setelah dia semakin
 berharap akan cintamu, engkau biarkan dia dalam kebingungan, 
menanti saat engkau melamarnya. Dan saban hari, engkau biarkan
 dia dengan tanda tanyanya. Engkau menyatakan engkau masih belum 
bersedia, tapi mengapa engkau memberi harapan padanya? Mengapa
 perlu engkau berikan kata-kata manis padanya? Mengapa tidak kau katakan
 sahaja yang dia bukan siapa-siapa di hatimu? Mengapa tergamak 
engkau biarkan hatinya terus menderita? Dan setelah itu, apabila 
merasa bosan dengan perempuan itu, lalu, engkau membuangnya
 bagai membuang sampah di dalam tong sampah. Engkau tidak
 tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Dan
 engkau katakan pada rakan-rakanmu bahawa perempuan
 itu adalah 'bekas' cintamu.. BEKAS? tergamak engkau
 mengaibkan perempuan yang telah banyak berkorban untukmu 
 itu.Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ 
 mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan
 hati seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering 
merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan 
dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu
 ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni 
dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.

Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan
 dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, 
kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah
 kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu
 cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin
 membuatkan dia mengingat  kembali insan berdosa seperti
 kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada 
dia, sedangkan senyuman itu akan membawa bencana lagi
 dalam hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana 
di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan
 itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, 
dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan 
pelangi..Dia kini bangkit kembali, membiarkan kelukaan itu sembuh
 dengan hadirnya cinta Tuhannya..

Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu
 dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat 
yang kembali menjaga dirinya dan hatinya..!!
perkongsian dr sahabat mayaku..



sumber: E-mail berantai
Baca lagi...

Thursday, 8 December 2011

Siapa yang cantik ?

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery,Botoxliposuctiongastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.  
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

sumber : emel berantai
Baca lagi...