Sunday, 26 August 2012

Bagaimana kalau.....????


Bagaimana kalau.....????

(sekadar hiasan)

"ija..aku tak tahu apa yang aku perlu buat, patut ke aku terus berusaha supaya jodoh aku dengan mat dipanjangkan? atau aku patut lepaskan saja dia berlalu pergi macam tu aja?" mata sue berkebil-kebil mahukan pendapat dari ija, dia tahu ija mampu memberikan pendapat yang bernas buat dirinya.


"alaa.. apa kata kau buat solat istikharah, kau mintaklah petunjuk maybe kau akan dapat jawapan yang lebih baik daripada pendapat aku kot." cadang ija sambil menghenjut bahunya keatas.


"tapi.. aku takut kalau aku tak sure dengan petunjuk atau jawapan yang aku dapat past solat istikharah macam mana? katakanlah kalau aku was-was dengan apa yang aku rasa or apa yang aku dapat past solat sunat tu, macam mana? apa yang aku nak buat nanti???" sue segaja mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Saat ini fikirannya cukup buntu.


"kau nak minum air tak?"
sue mengangguk walaupun dia hairan kenapa tiba-tiba sahaja ija bertanya begitu. bukankah mereka tengah berbincang???

ija, mengambil jar air dengan gelasnya sekali. sebiji gelas diberikan kepada sue...sue mengengam gelas itu, ija tanpa berlenggah lagi terus menuangkan air kedalam gelas yang dipegang oleh sue.

"ija...! ija...! dah penuh ni tumpah ni... stop! stop!", mengelabah sue dibuatnya.

"ye..! aku tau tu..." ija sudah berhenti dari terus menuangkan air.

"itulah diri kau, perasaan was-was dan tidak yakin dalam diri kau tadi samalah seperti air yang melimpah ruah tadi. perasaan was-was kau terlalu banyak! sehingga tumpah.. kau faham kan maksud aku???"

sue.. mula mengerti. dia tidak mampu menidakkan apabila yang dikatakan ija adalah sebuah kenyataan.


moral of the story:

Penyakit was-was adalah antara penyakit yang paling serius dan ada kalanya akan mencapai tahap yang kronik. Pada tahap ini penghidapnya akan kelihatan seperti tidak dapat dipulihkan lagi memandangkan keadaan diri mereka yang teruk. Was-was adalah serangan penyakit hati yang melanda manusia melalui saluran gangguan makhluk yang disebut Allah sebagai al-Khannas. Firman Allah SWT :

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia, yang menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (An-Nas : 1-6)

Baca lagi...

Thursday, 26 July 2012

Alahai Laman Sosial...!!!

Alahai Laman Sosial...!!!

printscreen sbg contoh. click utk tumbesaran ^^



kadang-kadang ramai yang memaki hamun. sebagai contohnya, jika menonton video-video artis yang kurang elok, mesti dibawahnya kita akan tengok komen-komen yang menyumpah, memaki hamun dan macam-macamlah sehinggakan aku terfikir kenapa tidak kita doakan sahaja "dia" supaya berubah kearah yang lebih baik. Dapat juga pahala dan orang-orang yang sedang memaki hamun itu tanpa dia sedari dia mendapat dosa hanya dengan kata-katanya yang telah dizahirkan kepada tulisan.
sedangkan kita belum pasti akan kesahihah sesuatu perkara itu. 


Dan bagi yang sengaja meng"upload" gambar-gambar atau video-video yang mengaibkan orang lain pula. Dosa yang anda dapat daripada pergaduhan antara para "pengomen" dan sehingga menimbulkan segala kata-kata yang tidak elok untuk disantapi minda.


Buka mata, buka hati, buka minda agar penglihatan serta pemikiran menjadi luas ...

Baca lagi...

Tuesday, 24 July 2012

Faham Ke Kita???

Faham Ke Kita???

"Encik-encik kami  sedang menyertai sebuah pertandingan, yang mana dalam pertandingan ini kami ditugaskan untuk menjual barang. Kami ada jual beg dengan harga RM 12.00 dan Perfume dari paris yang pure dan tidak dicampur apa-apa pun" sambil menunjukkan produk-produk yang ada sambil turut berjalan mengikut pelanggan. Malangnya tiada sesiapa pun yang melayan percakapan itu. 


Masing-masing dengan muka yang letih, fed up , patah semangat, geram dan semuanya bercampur menjadi satu.

"tengok tiada seorang pun yang layan apa yang kita cakap, diorang buat endah tak endah je,haishhh...!!!". Kata salah seorang dari kami sambil mengelap-ngelap peluhnya dengan tuala 'good morning' yang berwarna putih. Tetapi masih lagi merungut-rungut, tetapi kalimatnya tidak jelas. Tapi yang aku tahu rungutnya bertompok radang dan kecewa mungkin agaknya ditambah pula dengan penat.

"hrmmm aku tak kisah kita menang ke kalah ke... yang penting kita just enjoy je, jangan stres-stres lagi... hehehe itulah sebelum ni kalau kita outing ke apa ke, kalau orang nak promote barang kat kita, kita lari, tak nak dengar dulu apa yang dorang nak cakap. And then sekrang ni, kita dah ada ditempat mereka, sekarang aku gembira sebab aku dah faham apa perasaan dorang sekarang ni hehehe" kata zameer sambil senyum-senyum sinis.

"Alaaa dah kita tak nak beli nak wat camne???" kata shila sambil mencebik bibirnya.

"dan dorang pun sama jugak, dorang taknak beli jugak so apa kita nak buat???" terang zameer...

dan aku biarkan sahaja mereka begitu. Tapi apa yang ingin disampaikan disini ialah kita tidak akan pernah mengerti perasaan seseorang atau situasi orang lain selagi kita tidak cuba untuk meletakkan diri kita di tempat orang lain. Dan apabila kita mampu meletakkan diri kita pada situasi yang dialami oleh orang lain. Barulah kita akan mulai memahami kenapa dan mengapa .....

sekadar celoteh bersahaja
Baca lagi...

Monday, 23 July 2012

Perkara Besar Tapi Kita Tak Nampak

                                         
                                       Perkara Besar Tapi Kita Tak Nampak

(sekadar hiasan)


Aku masih ingat suasana dalam dewan kuliah agak sejuk, dengan bilangan pelajar yang agak ramai. Pintu tiba-tiba di kuak dari depan. Masuklah seorang Pensyarah Falsafah. seorang lelaki yang agaknya mungkin sudah mencapai umur 50-an agaknya atau mungkin lebih.


"Saya nak tanya kamu semua. Allah itu Besar ke kecik? kalau besar kenapa kita tak nampak? setahu saya benda kecik je yang kita tak nampak. Ada sapa-sapa boleh jawab tak? Awak jangan fikir saya sedang ajar awak murtad ke apa pulak, saya islam dan saya sayang islam. Sekarang saya nak kamu berfikir secara logik."


soal pensyarah itu kepada kami. Semuanya hanya diam sahaja.

"Baiklah, saya akan beritahu kamu semua. Saya nak cerita sesuatu" kata pensyarah sambil menarik kerusinya.


si anak:  Ayah ... Allah tu besar ke kecik???

Ayah:    Allah tu Maha Besar nak.

si anak:  tapi kalau besar kenapa kita tak boleh nampak??? biasanya benda yang kecik macam kuman je yang kita tak boleh nampak...kalau besar kenapa ayie tak nampak ye ayah?

Ayah: dah lah , kamu nie banyak tanya, dah pegi mandi, sembahyang.

Kanak-kanak sememangnya penuh dengan soalan. Mereka sering bertanya apa-apa sahaja yang terlintas difikiran mereka. Namun jika kita sebagai orang yang lebih dewasa dengan menjelaskan sesuatu dengan penjelasan yang mudah serta logik untuk difahami oleh mereka, soalan mereka tidak akan bertemu jawapan. Dan pemikiran mereka mungkin akan berubah.

"setelah, saya besar... saya belajar jauh-jauh tentang ilmu falsafah islam dan ilmu falsafah barat. Akhirnya saya dapat jawapannya. Dan sekarang anak saya pula yang bertanya kepada saya soalan yang sama." kata pensyarah Falsafah.


Aiman: abah Allah itu besar ke kecik???

Abah:  Allah itu besar, Allah itu maha besar.

Aiman: tapi kenapa aiman tak boleh nampak ? setahu aiman kalau benda besar mesti kita nampak dan kalau benda tu kecik mesti aiman tak nampak.

Abah: macam ni, aiman tengok rumah kita tu besar ke kecik??? (sambil menunjuk-nunjuk ke rumah mereka, kerana waktu itu mereka ada diluar rumah), ok, aiman kata rumah kita besar kan? jom kita masuk dalam rumah. Sekarang kita dah ada dalam rumah. Aiman nampak tak rumah kita?


Aiman: tak nampak la bah,aiman cuma nampak tingkap, kayu dan papan je.


Abah: jadi aiman dah tau kan, Tak semua perkara yang besar itu kita boleh nampak, betul tak???


Aiman: A'aa la abah. Aiman tak nampak pun rumah kita sebab rumah kita besar. Sekarang aiman dah faham dah.


entry ini diambil hasil penjelasan daripada seorang pensyarah falsafah islam. kalau salah tolong betulkan 

Baca lagi...

Sunday, 22 July 2012

Bulan puasa, mercun dan kuih



                           Bulan puasa, mercun dan kuih








"semua pelajar lelaki diminta turun ke tapak perhimpunan sekarang juga" ... suara pengumuman dengan menggunakan pembesar suara agak jelas. Dan aku pasti satu sekolah semua dengar.


Aku tahu kenapa hanya pelajar lelaki sahaja yang disuruh berkumpul di tapak perhimpunan dan dan bukannya disuruh pelajar perempuan turut turun sama. Ini semua gara-gara letupan mercun yang kedengarandaripada tandas lelaki. Tepat pukul 12 tengahari bunyi mercun memecahkan suasana sekolah dengan bunyi yang agak kuat.


Aku tengok cikgu berlari-belari masuk ke tandas mungkin ingin menangkap pelajar yang menyalakan mercun agaknya. Aku lihat hanya asap yang berkepul-kepul keluar. Tapi tiada seorang pun pelajar yang ada dalam tandas itu. Mungkin sumbu mercun telah di pasang pada ubat nyamuk. Dan ubat nyamuk tersebut dinyalakan dan diletakkan dalam tandas.


"Ketua kelas, tolong check sapa yang tak ada sekarang ini". Kata cikgu disiplin sambil jarinya ditunding-tundingkan kearah semua pelajar.


"cikgu... budak-budak ni saya tangkap time diorang lompat pagar sekolah, dorang keluar dari kawasan sekolah" . kata cikgu aman yang turut hadir sama di tapak perhimpunan.


Cikgu menjumpai kuih dalam poket pelajar yang ponteng tadi. Pada bulan puasa ini, ada kuih dalam poket. Memang sah-sah la diorang tak puasa.


"Kamu puasa ???"
tanya cikgu disiplin kepada tiga orang pelajar tadi. Suasana dalam bilik disiplin agak sunyi dan tertutup. Aircond memang berfungsi dengan baik, satu bilik itu memang sejuk.


"kami tak puasa"
kata salah seorang dari mereka sambil tersenyum-senyum tersipu malu.


"habis tu , mak bapak korang tau ke tak ni yang korang tak puasa???" tanya cikgu disiplin sambil bermain-main dengan rotannya yang sudah pecah sedikit dihujungnya.


"dorang dah tau dah"


"habis...!!! dorang tak marah ke kamu tak puasa ni???" cikgu yang separa menjerit kerana agak terkejut.


"tak.. dorang tak kata apa-apa pun"


cikgu disiplin, menundukkan kepala sambil mengelengkan kepalanya. Mungkin turut berasa kesal agaknya....
Baca lagi...

Saturday, 21 July 2012

Kanak-kanak Dilarang Ke Masjid???

                                  Kanak-kanak Dilarang Ke Masjid???








Pelik juga apabila ada sesetengah masjid orang yang mengunjungi masjid. Mereka melarang kanak-kanak daripada dibawa ke masjid dengan alasan akan menganggu jemaah masjid. Ada pula yang sehinggakan sanggup meletakkan tanda bahawa "kanak-kanak yang belum akhil baligh adalah dilarang dibawa ke masjid".


Rata-rata Orang Melayu jarang yang bawa kanak-kanak ke Masjid.  Banyak Masjid-masjid yang AJK mereka tidak galakkan kanak-kanak bersama ibu bapa ke dewan Utama Solat kerana sudah tabiat semulajadi - fitrah mereka akan bermain dan membuat bising bila Jemaah sedang Solat.  Tetapi hal ini berlainan di Tanah Suci.  Walau Solat Subuh, kanak kanak diheret bersama ke Masjid sama ada Masjid Nabawi di Madinah atau Masjidil Haram di Makkah.  



Pemikiran orang dewasa atau sebagai orang yang lebih tua sepatutnya lebih berpengalaman. Bilangan Umurnya yang banyak sepatutnya menjadikan mereka berfikiran luas dan terbuka, namun sayangnya usia hanyalah sekadar ukuran umur semata-mata. 


Melarang kanak-kanak daripada dibawa ke masjid bukanlah suatu pilihan yang bijak kerana sikap sebegini akan membuatkan kanak-kanak menjadi "jauh" dengan masjid. Sepatutnya , mereka dibawa bersama-sama ke masjid agar, hati dan jiwa mereka dekat dengan rumah ibadat agama islam. Bayangkan, anak-anak yang baru  berusia 6 tahun tetapi sudah dibawa ke masjid bersama-sama ayah mereka. Dan mereka turut sama berdiri ditepi ayah mereka. Alangkah indahnya suasana ini. Kanak-kanak itu juga mampu belajar sesuatu. Dan kalau ada kanak-kanak yang membuat bising, atau bergurau sepatutnya mereka dinasihatkan dengan berhemah dan elakkan memarahi mereka. Jadikanlah masjid sebagai tempat yang mesra kepada masyarakat tanpa mengira umur. 



********************************************************

"Suruhlah anak-anak kamu bersolat apabila umur mereka 7 tahun, dan pukullah mereka apabila mereka berumur 10 tahun, dan pisahkan mereka dari tempat tidur [kamu]" [Riwayat Abu Daud]. 

Syiekh Saleh al-Fawzan mengatakan bahawa kanak-kanak yang telah masuk umur 7 tahun boleh dibawa ke masjid bagi tujuan latihan, proses pembesaran mereka dan menjelaskan amalan-amalan sunat kepada mereka. Bagi mereka yang bawah 7 tahun, tidak perlu bawa ke masjid melainkan mereka ini jenis yang tidak mengganggu orang sedang bersolat di masjid. 

*********************************************************

Baca lagi...

Friday, 20 July 2012

Penat Ke Puasa Ni???

                                                             Penat ke puasa ni???


Dibulan ramadhan dengan kerja lagi, melayan keletah anak-anak lagi atau dengan karenah masyarakat disekeliling sememangnya benar-benar menguji kesabaran.

kesabaran teruji lagi dengan keadaan atau suasana bulan puasa dengan tubuh yang lemah dan tidak bermaya, namun jangan merasakan puasa itu meletihkan. Dan jangan jadikan puasa sebagai alasan anda untuk melakukan kerja ataupun bersukan. Lebih-lebih lagi ponteng puasa kerana letih atau penat.

Dan jangan pula lemah longlai , pucat dan tidak  bermaya dengan alasan berpuasa. Zaman nabi dahulu mereka menyertai pelbagai perang dibulan ramadhan. Bayangkan dengan suasana padang pasir dengan pedang yang besar serta berat lebih-lebi lagi mereka berperang.
Jika anda rasa lemah atau penat ... cuba baca peristiwa dibawah ini ...

Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada bulan Ramadhan:

17 Ramadhan 2H

Perang Badar Al-Kubra

Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. Ibnu Hisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertama yang menentukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan kemusyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah mengutuskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi Jumaat, 17 Ramadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang  tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ini yang telah megalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Mekah.

Ramadhan 5H

Persiapan Perang Khandaq

Persiapan dilakukan dengan mengali parit (khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal dan berakhir pada bulan Dzulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecahkan belahkan pasukan musuh. 

20 Ramadhan 8H

Futuhul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dan Penghancuran Berhala

Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penaklukan Mekah, Rasulullah tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah mengutuskan Khalid al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan Suwa’, dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat. 

Ramadhan 9H 

Perang Tabuk

Rasulullah SAW tidak mendapati tentera Rom lalu kembali ke Madinah.

Utusan Thaif

Utusan Thaif datang ke Madinah untuk masuk Islam dan pada ketika itu juga mereka terus melaksanakan kewajiban-kewajiban dan melaksanakan puasa disana.

Utusan Raja Himyar

Utusan Raja Himyar datang ke Madinah untuk menyatakan kemasukan Islam. Rombongan tersebut diterima dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW. Beliau kemudian menulis batas-batas hak dan kewajiban mereka dalam bentuk dokumen bertulis. 

Ramadhan 10H 

Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera dibawah pimpinan Saidina Ali Karamallahu wajhah ke Yaman dengan membawa surat Nabi. Satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima Islam dan masuk Islam pada hari itu juga. Mereka bersembahyang berjamaah bersama Imam Ali ra. pada hari itu.

Ramadhan 53H 

Kemenangan tentera Islam di Rhodesia.

Ramadhan 92H 

Islam telah tersebar dan membuka kawasan- kawasan baru sehingga ke Afrika Utara, Iran, Afghanistan, Yemen dan Syria. Spanyol di bawah kekuasaan Raja Rhoderic of the Visigoths. Musa ibn Husair,  Wali Khilafah Ummayyah di Utara Afrika, bersama-sama dengan Paglima tentera Islam, Tariq Ziyad yang megetuai 12 000 tentera Islam berdepan dengan tentera kuffar seramai 90 000 yang diketuai sendiri oleh Raja Rhoderic. Antara peristiwa yang memotivasikan tentera- tentera Allah ini semasa perang ini ialah, apabila Tariq bin Ziyad mengarahkan tenteranya membakarkan kapal- kapal perang mereka sebelum bertempur dengan tentera Raja Rhoderic. Beliau berkata, ”Sesungguhnya, syurga Allah terbentang luas di hadapan kita, dan dibelakang kita terbentangnya laut. Kamu semua hanya ada dua pilihan, sama ada mati lemas, ataupun syahid”. Pasukan tentera ini bukan sahaja telah mengalahkan tentera-tentera kuffar pimpinan Raja Rhoderic, malah telah mampu membebaskan keseluruhan Sepanyol, Sicily dan sebahagian Perancis. Di sini, bermulanya zaman keemasan Islam di Andalus, dengan Islam menguasainya selama 700 tahun.

Ramadhan 129H 

Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan dibawah pimpinan Abu Muslim Al-Khurasany.

Ramadhan 584H 

Panglima tentera Islam, Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib. Tentera Islam menguasai daerah-daerah yang sebelumnya dikuasai oleh tentera Salib. Ketika bulan Ramadhan, penasihat-penasihat Salahuddin menyarankan agar dia berehat kerana risau ajalnya tiba. Tetapi Salahuddin menjawab "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas Benteng Shafad yang kuat. Peristiwa ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.

Ramadhan 658H 

Semasa kemasukan tentera tartar di Baghdad, yang merupakan pusat pemerintahan Islam pada masa tersebut, tentera Tartar telah membunuh 1.8 juta kaum Muslimin. Selain itu, mereka mengarahkan penduduk Kristian supaya makan babi dan meminum arak secara terbuka dijalanan dan memaksa kaum muslimin turut serta. Azan turut dilarang daripada dilaungkan dan masjid- masjid disirami dengan arak oleh tentera- tentera Tartar yang biadap ini. Kecelakaan ini disambut oleh Saifudin Qutuz, pemerintah Mesir ketika itu dengan mengumpulkan semula kekuatan kaum muslimin untuk meghancurkan tentera Tartar dan bertembung dengan mereka pada Jumaat, 25 Ramadhan 658H di Ain Jalut. Peperangan ini turut disertai oleh isteri Sultan Saifudin Qutuz, Jullanar yang akhirnya syahid di medan pertempuran. Semasa beliau nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata ”Wahai Kekasihku”. Ini dibalas oleh Jullanah dengan mengatakan, ”Janganlah kamu berkata demikian. Kasih lagilah kamu terhadap Islam”. Setelah itu, tentera- tentera ini terus berjihad, dan kemenangan di raih oleh Islam di depan pintu gerbang Mesir di Kota Ain Jalut. 


Baca lagi...

Thursday, 19 July 2012

Hari-hari Puasaku ..

Hari-hari puasaku ....

"abang jangan lupa setkan alarm tu pukul 4 pagi, saya nak bangun awal sikit nanti, sebab nak kena siang ayam lagi nanti, takut nanti tak sempat masak pulak" kata puan mariam kepada suaminya sambil menunjuk-nunjuk kearah jam loceng yang ada di sebelah suaminya itu.

"yelah-yelah.. abang dah set awal-awal dah tadi" suaminya mengambil jam loceng, double check masa kalau-kalau tersalah set masa.

kringggg......!!!! kringgggggggg....!!!!

"izah.. bangun...bangun sahur, cepat bangun, esok kan kita puasa nih waktu dah nak habis ni... cepat bangun" mak izah sambil tangannya mengoyang-goyangkan kaki izah supaya bangun sahur. Maklumlah... anak belasan tahun yang suka berjaga sampai ke larut malam. Memang menjadi dugaan yang besar untuk mengejutkan anaknya bangun sahur. Terpaksa dikejutkan banyak-banyak kali. Kalau tak, tak bangun sahurlah jawabnya nanti.

Masing-masing dengan muka yang mengantuk menghadap makanan. "aihhh.. dah..dah..!! makan... jangan nak ngantuk-ngantuk depan rezeki ni..."

Apabila sampainya bulan Ramadhan. Bagi yang ada emak dan ayah . Mungkin ini lah suasananya. Tapi bagi yang ibu bapanya sudah bercerai atau sudah tiada lagi. Anda tidak mungkin dapat merasai lagi pengalaman ini.

Bagi kanak-kanak dirumah anak-anak yatim pula...
agaknya bagaimanalah kehidupan mereka dibulan Ramadhan nanti? Hari raya pula macam mana?
Maka bersyukurlah bagi anda yang masih ada keluarga.

Baca lagi...

Tuesday, 17 July 2012

Sebuah Penghijrahan ....

                                             
                                                       Sebuah Penghijrahan ....




"aku ada something nak bagi kat engko ni" 
sambil mencari-cari sesuatu dalam almarinya. 
Adam yang duduk terbaring di katil Din, matanya sambil liar sahaja memerhatikan gelagat Din, sambil-sambil itu kepalanya dijengahkan juga kekiri kekanan cuba-cuba melihat apa yang ingin diberikan oleh Din kepadanya.

"nah...!!!, aku belikan kopiah dan tasbih untuk engko, dalam tupperware ni ada buah kurma sekali. Mak aku terbeli banyak sangat, suruh dibahagi-bahagikan kat kawan-kawan aku. Yang ni pula minyak wangi dari mekah."  Din kemudianya membuka bagasinya, lalu dikeluarkan botol mineral yang beharga seringgit. "Ni pulak air zam zam, aku bagi kat engko sikit" sambil tersenyum senyum, maklumlah baru balik dari umrah.


"engko nampak sedikit gemuk la sekarang ni Din hahaha" Adam yang ketawa sinis.

"mana tak nya dam, aku pegi sana, makan berapa kali sehari, makan roti dia tuh fuhhh asyik kenyang je aku". 
Din menerangkan sambil melipat-lipat pakaiannya untuk diletakkan dalam almari.

seminggu kemudian

beep..beep..beep... "weyhhh Adam... esok ngko free tak? sebab aku nak bagi something ni dari syuhada, mak dia suruh bagi kat engko"...
syuhada merupakan bekas kekasih Adam. Perhubungan Adam dengan bekas bakal mak mertuanya agak baik. Namun sayangnya, jodoh mereka tidak kesampaian...

"owh esok aku ada hal, lepas exam aku nak kena berkejar pegi ke klinik sebab aku ada appointment dengan doktor ni... tapi takpe la nanti ngko bagi kat ina, nanti aku amik dengan ina k"

Adam seolah-olah mengelak, namun sebenarnya Adam memang perlu berjumpa dengan doktor, gara-gara tekanan darah tinggi dan kerap sakit dada. Kebetula hari itu juga, dia perlu menampal giginya yang sudah berlubang.

"Nah...!!! ni barang yang syu suruh bagi kat ngko." kata ina sambil menyerahkan sebuah paper beg.
 didalamnya ialah tasbih, air zam zam dan kopiah...
Dalam hatinya terdetik... adakah ini hidayah ? baru seminggu dia dapat biji tasbih, kopiah dan air zam zam. Dan sekarang dia dapat tasbih, kopiah dan air zam zam untuk sekali lagi. Semuanya bagaikan satu jalan yang mendorongnya untuk menghala ke sebuah destinasi...

Jika dulu dia(Adam) tidak dapat menerima perpisahan dengan syuhada. Dan ketika itu dia tidak langsung nampak apakah hikmah disebalik perpisahannya. Dan walaupun dulu dia tidak mampu redha dengan takdir . Tetapi kini dia sedar, cinta sebelum kahwin sememangnya dilarang dalam islam kerana mendorong kearah maksiat.

Perlahan-lahan kenangannya seolah-olah ditayang seperti sebuah filem. Adam merasakan dirinya begitu berdosa, dia merasa dirinya kotor dengan dosa-dosa silam. Dia ingin berubah. Ya berubah kearah yang lebih baik. Penghijrahan daripada Adam yang digelumang lumpur cinta sesama manusia kepada Adam yang cintakan Allah...


Sesungguhnya dia adalah buta huruf dalam mengaji Al-Quran. Namun kini dengan sebuah tekad dia sudah mampu membaca serta menghabiskan bacaan surah Yassin buat pertama kali dalam hidupnya...
Walaupun bacaannya tergagap-gagap namun usaha dan tekadnya untuk berubah benar-benar sebuah perubahan...

Walaupun kita tidak tahu apakah kesudahan dengan Adam, sama ada dia akan menjadi lebih baik ataupun akan mulai berubah kearah yang tidak baik, namun diharapkan dia bakal atau kekal sebagai hamba Allah yang soleh... Aamiin...

               
                                                                    Dan...
                                 
                                           Adakah ini erti sebuah penghijrahan???


P/S: Sebuah catatan dari sebuah kamus kenangan dari kisah seorang hamba Allah SWT, nama dan watak diubah namun maksudnya diharap sampai ke hati pembaca ^^ ... salam ukhuwah
Baca lagi...

Sunday, 15 July 2012

Suratan Takdir

                                       Suratan Takdir...







Kadangkala kita sering dihadapkan dengan dua pilihan dan kedua-dua pilihan tersebut bagaikan sebuah pintu dengan pelbagai tanda tanya yang kita sendiri tidak pasti
adakah itu pilihan yang terbaik untuk kita???
kalau itu bukan yang terbaik apa akan jadi dengan hidup aku nanti???
kalau pilihan aku salah, macam mana nanti???


Sama ada dalam menempuhi bidang pekerjaan ataupun pelajaran dan mungkin dalam kehidupan kita...

Dan sebagai contohnya bagi seorang pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke universiti. Dalam pengisian borang itu, kita akan diberi beberapa pilihan bidang dan universiti yang ingin kita pergi. Namun, kita sendiri tidak pasti bidang apakah yang sesuai dengan kita...


Dulu sewaktu aku ingin melanjutkan pelajaran ke universiti, aku minat sangat-sangat dengan bidang sastera, kawan-kawan menasihati agar mengambil bidang lain supaya dapat belajar something new.


Semester pertama sememangnya benar-benar menguji jiwa, semua yang dipelajari seakan-akan begitu sukar untuk difahami. Seolah-olah pensyarah mengajar mengunakan suatu bahasa yang aneh untuk aku fahami. Aku mengambil keputusan untuk menukar bidang yang aku pelajari iaitu bidang sejarah kepada bidang sastera. Kerana aku yakin, masa depanku adalah sastera.
seminggu selepas berlalu, surat permohonan yang aku hantarkan di pejabat kedekanan untuk diproses masih lagi tidak memberikan sebarang perkembangan. Akhirnya aku nekad untuk membatalkan permohonan pertukaran bidang.


Pada malamnya. Aku terjumpa dengan seorang pelajar yang lebih senior daripada aku.

Senior: eh dik... adik tahun satu kan? ambil kos apa?

aku:  ye bang, saya ambil sejarah tapi sebenarnya saya minat sastera. abang pulak?

senior: oh.. abang amik bahasa melayu, tapi minat sejarah hehehe...

aku:  abang minat ke dengan kos abang sekarang ni? kenapa tak buat surat untuk tukar je?

senior: abang tak minat bidang bahasa melayu ni, abang nak sejarah.. dulu abang pernah buat surat mintak tukar ke sejarah,  abang dapat tukar, tapi last-last sekali abang terfikir, antara pilihan Allah SWT dengan pilihan kita mesti pilihan Dia lebih baik dari pilihan kita sendiri... Abang yakin pilihan Allah adalah yang terbaik untuk abang.



Perlahan-lahan aku mulai hanyut sedang terfikir-fikir kenapa dan mengapa? dan perlahan-lahan juga aku mulai memahaminya... dan dalam sedar tak sedar aku mulai mengambil langkah untuk meneruskan bidang yang aku pelajari. Walaupun aku sendiri tidak minat , namun aku percaya kata-kata abang itu, bahawa antara pilihan kita dengan pilihan Allah , tentulah pilihan Allah lebih baik untuk kita...

Dan suasana malam yang hampir pagi memerlukan aku untuk melelapkan mata daripada kenangan lalu ...

p/s: Secebis pengalaman dari "aku" kepada CK
Baca lagi...

Friday, 13 July 2012

Loo Jo Yee dan Nur Hidayah

Loo Jo Yee dan Nur Hidayah



Sedang kita 17 tahun masih hanyut dengan zaman kegilaan remaja loo jo yee menerima Hidayah lantas terdetik hatinya untuk memeluk agama islam..Alhamdulillah.. dan betapa besarnya kuasa Allah...

Loo Jo Yee merupakan gadis dari etnik cina dan beragama kristian dan bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja.
Disebabkan malaysia mempunyai undang-undang yang memerlukan seseorang itu untuk berumur 18 tahun dan keatas sahaja Loo Jo Yee terpaksa menunggu sehingga umurnya mencapai 18 tahun.

Walaupun CK agak ketinggalan , atau berita ini sudah dianggap sudah lapuk namun, Masih ramai lagi yang masih tidak tahu tentang kisah Loo Jo Yee ini. Dengan rasa kagum ini saya menulis tentang kisah seorang gadis yang istimewa ini.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

1. Jo Yee mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam memeluk agama Kristian. Namun, untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji Al-Quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar. Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca Al-Quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

2. Jo Yee pernah disyaki menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda. Rakan-rakan Islam Jo Yee banyak memberi galakkan kepada beliau untuk cuba memohon doa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan beliau terus mengucap 2 kalimah syahadah serta-merta. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Selepas bergelar muallaf, banyak dugaan yang Jo Yee terpaksa terima. Beliau dipulau rakan-rakan dan keluarga tercinta. Tapi, beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Beliau juga merasa terharu kerana telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun, sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga jauh tersasar. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Credit to:dupahang

anda boleh tengok video disini------->   video
Baca lagi...

Thursday, 12 July 2012

5 Perkara Yang Elok Disebut


5 PERKARA ELOK DISEBUT credit to muhd Afiq






Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

  • Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.


  • Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.



  • Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?



  • Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.                                                                    Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam ‘bertelur sebiji riuh sekampung’. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria’ atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria’) tidak akan mencium bau syurga. Ria’ adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.


  • Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua ‘kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan’. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.


Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin… 


Baca lagi...

Wednesday, 11 July 2012

Racism Kenegerian Pada Abad IT? Masih Wujudkah?



                  Racism Kenegerian Pada Dunia Yang Moden






Pada abad yang serba moden ini dengan bilangan pelajar yang semakin bertambah-bertambah di universiti dan kadar bilangan celik it yang semakin tinggi , diikuti arus permodenan negara yang serba canggih dan kita sudah boleh dikatakan sebagai sebuah negara yang maju serta moden. 

Walaubagaimanapun, kita masih tetap di takuk yang lama. Semangat atau perasaan anti kenegerian masih lagi wujud. Semua ini benar-benar mengejutkan CK. Tidak sangka masih ramai yang berfikiran begitu. Menghamburkan kata-kata kesat serta kejian semata-mata perasaan anti. 

Bagi yang anti dengan negeri kelantan pula acap kali berbaur politik.
Ada yang menganggap negeri kelantan dan orang-orangnya sebagai rakyat yang miskin, kasar, jahat , jakun dan sebagainya. Tetapi kita lupa, semuanya yang kita dengar pada hari ini adalah propaganda politik dan kadangkalanya telah dimanipulasikan oleh media. Dan kita pula sebagai masyarakat yang serba moden pada hari ini terus menerima sahaja tanpa ada sebarang usul periksa.

Suatu hari motorsikal seorang kawan dari negeri johor hilang. Sebelum-sebelum ini dia jarang berkawan dengan orang kelantan mungkin dia juga mempunyai persepsi yang sedemikian. Ketika ada motorsikal. Semua kawan-kawannya terlalu caring.
"helooo... kau dah makan ke belum??? jom makan". Sehinggakan dia sendiri terpaksa menelefon kawan-kawannya untuk menggunakan motorsikalnya sendiri.


Tetapi selepas hilang motorsikalnya, tiada satu pun kawan-kawannya, bertanya khabar, "dah buat report ke? habis tu macam mana ??? apa yang kau nak buat nanti???"... semuanya seakan-akan hilang bersama-sama dengan motorsikalnya. Akhirnya ada seorang kenalannya dari kelantan, yang bersungguh-sungguh menolongnya, membawanya ke balai polis untuk dibuat report, pergi situ, pergi sini. Dan akhirnya dia berkawan rapat dengan budak kelantan sehinggakan sanggup tidur dibilik mereka.

Bagi orang melaka pula. Orang kata melaka bahasanya kasar. Tapi jika anda kaji baik-baik, itu hanya bahasa orang-orang tua di kedai-kedai kopi sahaja. Jika benar bahasa mereka kasar, kata-kata mereka sebenarnya bukanlah mempunyai maksud yang sedemikian. Sebagai contoh ayat ialah:

"lahanat engko dah lama aku tak nampak...!!! aku ingat kau dah mampus..!!!"... sebenarnya perkataan ini hanya mengambarkan tentang dah lama tak nampak ingatkan dah kemana dah. Perkataan "lahanat" dan "mampus" itu langsung tidak membawa apa-apa erti pun sebenarnya. Hati mereka tidak bermaksud demikian. Hati mereka baik. Contohnya:

"Assalammualaikum... din, cibai ngko .. aku kol xnak jawab, eh kau nak makan apa-apa tak? aku dekat pasar malam ni, law ngko nak aku boleh beli, aku nak belanja ni" <---sanggup call semata-mata nak belanja makan. Hati mereka baik.

jika anda mempunyai persepsi bahawa negeri "x" ini jahat adakah negeri kita semuanya baik? dan jika negeri "x" itu baik adakah semuanya begitu?

Ibaratnya, dalam setandang buah kelapa tidak semuanya akan kekal ditandang dengan keadaan yang baik, ada yang kena tebuk dengan tupai, ada yang gugur. Tapi akan masih ada yang kekal ditandangnya.


Dan begitu juga dengan negeri-negeri lain. Perasaan anti kenegerian pada abad yang serba canggih dan moden ini sememangnya sudah tidak relevan lagi untuk ada dalam diri kita. Kerana walau negeri mana sekalipun anda, kita semua tetap hamba Allah. beragamakan islam dan ummat nabi Muhammad SAW.

fikir-fikirkan dan renung-renungkan
(sedikit pengalaman dengan sedikit gubahan ,namun maksudnya diharap sampai ke hati. 
kalau salah tolong betulkan)
Baca lagi...

Tuesday, 10 July 2012

Nasib Pelajar Kelas Tercorot

                                                 Nasib Pelajar Kelas Tercorot
                                                  (sekadar hiasan dengan sedikit fakta)

                               




"Semua kelas lain keputusan ok, kecuali kelas 6E sahaja seni visual pun tak lulus" ucap pengetua sekolah. Pengetua kami perempuan. Yang waktu itu sedang berucap di atas pentas sempena PIBG.

Seketika suasana menjadi bising, masing-masing sedang bercakap.

"Bodohnye, seni pun tak lulus..." lantang benar mulut seorang pelajar dari kelas tingkatan 6 dari kelas yang lebih pandai. seketika darah aku mulai menderau. Namun aku hanya diam . tidak guna untuk bertekak dengan orang yang pandai sedangkan diri hanyalah seorang yang bodoh. Namun ianya hanya dapat dibuktikan melalui tindakan dan bukannya kata-kata sahaja.

Sebenarnya, aku memang dari kelas 6E. Ya...!!! kelas yang tercorot dihujung sekali.  Tapi jika difikir-fikirkan balik, jika pelajar kelas tingkatan 6E itu bodoh, bagaimana mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6??? Dan hampir kesemua pelajar dalam kelas 6E bukanlah masuk secara rayuan, tetapi dengan usaha dan kelayakan result mereka sendiri. Dan rata-rata pelajar yang belajar di dalam kelas itu kebanyakannya mendapat 4A dan tidak kurang pula yang mendapat 5A , tetapi mereka sengaja memilih tingkatan 6. 6E hanyalah untuk pelajar yang semasa SPM dulu mengambil seni visual. Itulah sebabnya mereka dimasukkan kedalam kelas 6E.

Sebenarnya, semasa pengiraan markah peperiksaan untuk seni visual itu. Terdapat sedikit kesilapan kerana hanya dua kertas sahaja yang dikira dan kerja kursus untuk seni visual belum dikira kerana tarikh untuk hantar masih lambat lagi.

Keputusan stpm untuk kelas 6E sememangnya gempak walaupun tidak ramai tetapi keputusan itu benar-benar mengubah persepsi ramai orang.

Sebenarnya... sebagai pendidik, kata-kata kita mampu memberi pengaruh yang besar. Bagi yang menjadikan segala ejekan dan segala pandang rendah itu sebagai satu cabang motivasi dan sebagai pembakar semangat itu sangat bagus, tetapi bagaimana pula dengan yang sebegini ???

"alaaa.. buat ape nak belajar sungguh-sungguh? cikgu pun dah pandang kita begini kenapa kita nak sungguh-sungguh study???"

dulu surat khabar NST diagih-agihkan kepada para pelajar secara percuma. Dan surat khabar itu diletakkan di kelas 5A sesiapa yang ingin berminat nak baca boleh lah ke ambil di kelas 5A. Hendak dijadikan cerita, Salah seorang pelajar dari kelas 5D berminat untuk membaca NST tersebut. Walaupun tak pandai bahasa inggeris tetapi dia ingin belajar dan ingin membiasakan diri dengan bahan bacaan tersebut.

"entah faham entah tidak baca tu" herdik seorang pelajar kelas 5A seolah-olah sedang memperlekeh-lekehkan pelajar 5D.

Dalam memberi pertolongan pun, ada dipilih-pilih. ada yang kita suka kita tolong... tapi yang kita tak suka kita tak tolong. Tapi sebagai seorang pendidik sememangnya tugasnya adalah mendidik dengan ikhlas. Ilmu untuk dikongsi dan kata-kata seorang guru sangat penting . Aku teringat kata-kata seorang guru
"saya nak kepala(kls yg pandai) sama-sama dapat pegi seiring dengan ekor(kelas) tercorot"

inilah kata-kata yang sememangnya menyuntik semangat seorang pelajar.
Dan guru pula ibarat lilin
lilin itu kembar cahaya
penerang laluan yang kelam
tanpa guru siapalah kita....

(pengalaman benar dari seorang kawan, cuma diubah mengikut kesesuaian)
Baca lagi...

Monday, 9 July 2012

Sakaratul Maut...



                                      Sakaratul Maut




Untuk Renungan Kita Bersama....

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari." ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa"

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.


1 hari=24 jam=1440 minit
1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita

=20.571 minit

INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT

WALLAHUALLAM. ..

credit to:setan83

Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian kepada Kami kamu dikembalikan. (Every soul will taste death. Then to Us will you be returned). (Al-Ankabut: 57)

Allah SWT berfirman, maksudnya : "Dan sesungguhnya akan Kami rasakan kepada mereka yang melakukan dosa sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)." (as-Sajadah: 21)


ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA MENGHADAPI ALAM KEMATIAN???

SUDAH CUKUPKAH AMAL IBADAT ANDA???
Baca lagi...

Sunday, 8 July 2012

Bintang Syurga

                                                             Bintang Syurga....

                                                          ( gambar sekadar hiasan )



Pasang sahaja televisyen, banyak program realiti tv yang mampu merealisasikan impian kita untuk menjadi seorang artis, penyanyi, pelakon atau sebagainya.

Pasang sahaja radio. Banyak iklan-iklan yang mempromosikan peluang atau ujibakat untuk menjadi bintang.

kehidupan yang glamor, sebut sahaja nama kita orang pasti akan kenal kerana kita bintang, kita artis yang terkenal <----mungkin ini agaknya yang kita damba-dambakan.


Kita  ingin menjadi bintang pujaan untuk semua peminat di dunia ini. Tidak dinafikan dunia sememamnya begitu mengasyikkan. Siapa yang tidak mahu menjadi bintang? popular kot...!!! ...


Tapi kita lupa sesuatu....

kita sematkan dan kita simpan dalam hati kita untuk menjadi seorang bintang yang popular suatu hari nanti. Tapi kita terlupa, siapa pula yang menyematkan dalam hatinya untuk menjadi bintang di hadapan Allah???
menjadi bintang dihadapan Allah SWT tidaklah popular atau terkenal dimata penghuni bumi, tetapi menjadi bintang dihadapan Allah kita terkenal pada mata penghuni langgit...

“Hari ini ramai orang ingin menjadi BINTANG. Mahukah anda menjadi BINTANG? Bukan di pentas, bukan di televisyen tetapi di hadapan Allah.”


*************************

Selebriti  di sisi Allah SWT – ia bergemerlapan dengan sinar cahaya keimanan, wajahnya putih berseri kesan daripada air wudhuk serta kerap sujud menyembah Allah SWT, berprestasi dengan amal-amal nyata yang cemerlang, penuh kesungguhan dalam beramal, konsisten dalam memperkasakan medan dakwah dan sentiasa memelihara kebersihan, kejernihan & kesejahteraan hati.

credit untuk sekilas memoir
*************************
Baca lagi...

Saturday, 7 July 2012

Apa Matlamat Sebenar Kita belajar?

                                                   Apa tujuan kita belajar???






"jangan tanamkan keinginan belajar sebab kamu nak masuk exam, sebab nanti kalau kamu dah habis exam, semua yang kamu belajar akan hilang dan terhenti disitu je, belajar la sebab Allah, sebab kamu memang betul-betul nakkan ilmu" kata cikgu , sambil mengusap-ngusapkan janggutnya yang sedikit panjang hampir mencecah dada.

Tapi kalau kamu belajar semata-mata ingin melayakkan kamu untuk menyambung pelajaran ke universiti pula. Jika itu cita-cita kita, apabila sampai ke universiti nanti, cita-cita kamu sudahpun tercapai. Dan apa lagi sebabnya untuk kamu belajar di universiti???



“ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

so apakah niat dan matlamat sebenar anda ingin belajar???
Baca lagi...

Friday, 6 July 2012

Mana hidayah???

Mencari hidayah







Dalam kehidupan ini aku sedang berjuang...
menghabiskan sisa-sisa perjuangan yang masih belum selesai...
aku ingin menghabiskan sisa-sisa hidupku ini dengan cinta...
Ya... cinta dari-MU ya Allah...
Janganlah ditarik nikmat kurniaan-Mu yang terbesar dari kami..
iaitu nikmat iman dan agama...


Walaupun kami tahu...
apabila senang kami jauh dari-Mu ya Allah...
apabila kami gembira kami lalai dari mengucapkan kata-kata syukur keatas nikmat kurniaanMU
apabila kami bahagia kami sombong dengan-Mu
dan...


Apabila KAU datangkan sedikit ujian tanda kasih sayang-MU terhadap kami...
kami mula merayu-rayu akan pertolongan-MU ...
kami meminta-minta pertunjuk-MU...
itulah sifat kami yang selalu lalai dan alpa ...
itulah kami, manusia yang lemah...
dan kini kami datang kepadaMU
Kami dambakan nur hidayah serta mardhatillah-MU ya Allah...




Hidayah membawa maksud petunjuk Allah SWT... menurut faisal tehrani 'Hidayah ibarat cahaya; ia tak menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya' -Faisal Tehrani-
hidayah diberi oleh Allah SWT kepada hambanya tanpa mengira bangsa, warna kulit atau darjat.
Allah SWT memberi sinar nur hidayah kepada mana-mana hamba yang dikehendaki-NYA. Namun begitu tidak bermakna kia hanya perlu berpeluk tubuh dan menunggu sahaja nur hidayah . Hodayah boleh diusahakan dan dicari jika kita benar-benar ikhlas serta menginginkan hidayah Allah. Mohonlah hidayah dari-NYA



Sebagai contohnya :

Dulu ada seorang lelaki yang masa mudanya terkenal dengan sikap panas barannya.
Dan dia merupakan seorang samseng yang digeruni. Pada suatu hari dia telah ditahan polis dan dipenjarakan.
semasa dalam penjara itu, dia diajar ilmu agama. selepas keluar daripada penjara. Dia insaf dan kini dia merupakan seorang tok imam.

jika dulu tangannya sering memegang kayu memukul orang tapi kini tangannya memegang tasbih
jika dulu hatinya keras tapi kini dia mampu menangis saat memberi khutbah
jika dulu tempatnya kerap di penjara tapi hari ini tempatnya adalah masjid
adakah ini namanya Nur Hidayah ???

(kisah benar, cuma diambil intipatinya sahaja agar dijadikan pedoman, kalau salah tolong betulkan ^^)
Baca lagi...

Thursday, 5 July 2012

Siapakah Jodoh Kita???????

Siapakah jodoh kita nanti?

                                                                (gambar sekadar hiasan)
                                         



Dalam keheningan malam yang serba kelam
aku tercari-cari bintang dilangit
aku cuba mencari-cari sang purnama..
keadaan malam sememangnya tenang
suasana yang sunyi mulai menghidupkan akal memikirkan hari esok dan mengenangkan hari ini yang sudah berlalu dan akan berlalu...

sebagai manusia biasa kadangkala
hidup ini terasa seolah-olah sedang menyusuri sebuah lorong yang gelap seorang diri
tanpa kata tanpa bicara... hati mulai sunyi...

dan adakalanya hidup ini terasa terlalu kosong
seperti sebuah padang pasir yang kosong luas terbentang...

Namun jangan risau kerana ALLAH S.W.T telah menciptakan segala yang ada di alam ini berpasang-pasangan.Saling melengkapi antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T. "Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui." (Yaasin: 36)

Saya ada seorang kawan. Bernama kimi dan teman wanitanya ila. Dulunya dia bercinta. Sebelum ini dia tidak tahu bahawa cinta sebelum berkahwin itu berdosa, lama kelamaan dalam tergelam kerana manisnya cinta itu, dia semakin hari semakin mulai sedar bahawa dia berada di landasan cinta yang salah. Namun, apabila dia tersedar dari "lena" semuanya seolah-olah sudah terlambat. Hal ini kerana kedua-dua belah keluarga mereka sudah tahu akan hubungan mereka ini.
kimi cuma ingin akhiri semuanya dengan baik. Baginya apa yang telah dimulakan harus diakhiri serta dijalani dengan baik. Walaupun dia sedar semua itu salah.

lama-kelamaan hubungan mereka semakin hari semakin retak. Dalam keadaan itu kimi tidak mampu menerima kenyataan bahawa kimi bakal kehilangan ila iaitu cinta hatinya. Saban hari dan setiap malam tanpa lelah, dia menunaikan sembahyang hajat. Hanya satu hajat yang dipintanya iaitu agar hubungan cinta mereka berkekalan. Dalam pada dia meminta dia juga memohon kalau-kalau mereka tidak ditakdirkan bersama, dia mahukan agar semuanya berakhir dengan baik.

"kita boleh jadi kawan, tapi bukan kawan baik, anggaplah kita tak pernah kenal. Anggaplah saya sebagai mimpi yang hadir dalam hidup awak sekadar datang menghiasi mimpi dan hilang apabila mata awak terbuka.
anggap saja saya sebagai angin yang datang sekadar menyegarkan dan kemudian menghilang tanpa bayang" .

inilah kata-kata terakhir kimi kepada ila. Bukan kerana benci tetapi kerana kimi tidak cukup kuat.


Pada mula-mulanya, Semuanya terlalu sukar. kimi bagaikan terkena tamparan hebat walaupun keputusan putus itu bukanlah pintanya.
.175/92 high blood pressure. Memang jelas tercatat pada kad temujanjinya dengan doktor yang mesti dia hadiri setiap hari. Bermula dari hari itu dia sememangnya tidak dapat melelapkan matanya pada waktu malam. Kehadiran ke kelas memang mengecewakan. Sama ada lambat atau tidak hadir. Hidupnya benar-benar kacau bilau.  Jiwanya benar-benar terseksa.

Dia sememangnya tidak masih tidak dapat menerima kenyataan cinta yang dibina selama hampir 2 tahun itu musnah begitu sahaja. Dia pasrah tetapi tidak redha segala yang berlaku.

Pagi itu dalam kehenian pagi dan ditemani suasana yang tenang. Dia terlihat gambar profile facebook bekas kekasihnya itu. Dia lihat seorang wanita berwajah ayu bertudung labuh. Lantas saat itu juga, air mata kegembiraannya menitis, dan saat itu juga terus dia sujud syukur. Mulutnya tidak henti-henti mengukir senyuman. Bukankah itu yang selalu dipinta-pinta dengan bekas teman wanitanya? dan bukankah itu yang selalu di doa-doakannya selepas solat?

Mestilah dia insan yang paling gembira.Walaupun takdir tidak menulis jodoh mereka untuk bersama, namun dia tumpang gembira. Dan Saat itu dia redha dengan segala takdir yang berlaku. Dan saat itu juga dia berdoa agar dikekalkan bekas teman wanitanya sebagai seorang yang solehah.


Dan... bagi kimi. itu adalah cinta terakhirnya sebelum kahwin kerana dia sedar tiada istilah bercinta sebelum kahwin. Saat itu juga air matanya menitis sekali lagi. Air mata keinsafan. Yang ada hanyalah cinta Allah SWT  dan cinta terhadap junjungan besar nabi Muhammad SAW....



Dalam soal ini, cinta itu milik Allah SWT. Jika kita menyintai seseorang itu, cinta kita mestilah kerana Allah SWT. Dan istilah bercinta sebelum kahwin tidak wujud dalam islam.

Dan dengan air mata dosa ini....
Dengan penyesalan terhadap dosa-dosa yang telah kimi lakukan...
kimi mencuba yang terbaik agar dapat menjadi "imam" terhadap "ma'munnya"...
agar dapat menjadi seorang ayah yang mampu menjadi contoh tauladan yang terbaik buat bakal anaknya...
Dan... yang paling penting agar mendapat cinta dan kasih sayang dari Allah...
Kita berpisah kerana Allah. Dan kita kita kejar keredhaannya, moga dengan air mata keinsafan ini Allah menerima taubat kita. Dan percayalah bahawa tulang rusuk tidak akan tertukar dengan tuannya...

Allah berfirman:
"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. "

(ar-Ruum:21).

Usah sedih kehilangan cinta seorang manusia, tapi sedihlah jika kita kehilangan cinta dari Allah SWT ...
Allah masih mencintai kita... ^^



p/s : 
1: maaf jika entry ini jiwang dan tentang cinta tetapi ambillah pengajaran dan jadikan pedoman untuk bekal hari esok...
2: Kisah ini benar , dari pengalaman hidup seorang hamba Allah yang bernama sahabat  cuma watak dan nama yang diubah

Baca lagi...

Wednesday, 4 July 2012

ALAMAKKKK...!!! Orang mintak derma..!!!

ALAMAKKKK...!!! Orang mintak derma..!!!
                                  
 ( Gambar sekadar hiasan )






Situasi 1                                               

ketika anda sedang makan, datang seorang makcik buta dengan tongkat yang menjual tisu dan di bantu oleh anaknya?

apakah tindakan anda?
buat-buat tak tahu atau biarkan sahaja makcik itu begitu?
"alahhhh..!!! nanti kalau dia tunggu lama kita tak bagi duit, dia blah la tuh..."
                                   
                                                                       
atau...
 
 anda terfikir, betul ke dia ni buta? atau hanya pura-pura buta je?


Situasi 2                                             

Ketika anda sedang makan tiba-tiba datang seorang budak meminta derma di  meja anda.
apakah persepsi anda?

"budak ni, betul ke minta derma? entah-entah saja je mintak derma, lagipun mana ada rumah anak yatim suruh minta derma malam-malam buta macam ni, atau pun entah-entah sindiket ke apa ni...!!!"





                                             Pengalaman...

"ehhhh....!!!, kenapa engko bagi derma kat budak tu? ni sindiket ke apa kita tak tahu ni...aku bukan tak nak bagi tapi kalau penipuan macam mana???"
ahmad yang bertanya seolah-olah kebinggungan sedangkan dia tahu amir seorang yang bijak serta matang dalam setiap tindakannya. Saat itu ahmad betul-betul kehairanan bagaimana seorang yang bijak tidak berfikir tentang hal-hal sebegini.

Amir berhenti makan. Lalu dicapai gelas air teh 'o' aisnya, gelas airnya diletakkan lalu menerangkan alasannya
"alaaa... tak baik engko fikir macam tu, kalau dia tak tipu and dia betul-betul minta derma untuk sekolah dorang, berdosa tau, sebab fitnah jadinya nanti... and tak baik berprasangka buruk camtu" 

"tapi kalau tu bukan minta derma and engko kena tipu macam mana???" soal ahmad seperti masih tidak berpuas hati dengan jawapan tadi.

"kalau kena tipu kenapa pun??? bukannya banyak, lagipun cuba engko fikir, kalau budak-budak tadi tu memang betul-betul sindiket kan. Budak-budak tu ada had target kutipan duit tau, kalau tak capai target kutipan duit tu, nanti mereka kena pukul, kena belasah, kesian nanti. Lagipun kita tidak akan papa kedana atau jatuh miskin dengan duit dua, tiga ringgit tu, dan aku takkan kaya dengan duit dua tiga ringgit tuh. Lagi satu, kalau dia tipu pun, kita ikhlas untuk derma, dan kalau dia tipu pun, kita dah dapat pahala, seterusnya urusan antara dia dengan Allah la, kita dah lepas dah".


Masing-masing terdiam. Ahmad terdiam seperti sedang berfikir. Dan kemudiannya tersenyum lalu mengangguk sebagai tanda sudah faham.


(ini pengalaman benar cuma Nama sahaja yang diubah dan bukanlah nama sebenar)
Baca lagi...

Tuesday, 3 July 2012

Antara Rezeki Dan Ilmu

                                              Antara Rezeki Dan Ilmu 



                                                                  (gambar sekadar hiasan )

                                   

Diantara petikan khutbah :

"janganlah kamu fikir mengerjakan solat itu  membazirkan waktu belajar  atau waktu kamu bekerja, kerana hanya dengan mengerjakan solat itulah, ilmu kamu bertambah, rezeki kamu juga bertambah kerana Allah SWT telah berfirman:

 "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”


Surah Thahaa : ayat 132".


Ilmu itu milik Allah SWT dan rezeki itu juga milik Allah SWT. Jika kita ingkar akan suruhan serta larangan-NYA, adakah Dia akan memberi semua itu kepada kita yang telah ingkar akan perintah-NYA???


Sekalipun jika diberikan, adakah ia dengan keberkatan?


#muhasabah diri

Baca lagi...