Tuesday, 22 May 2012

beza antara yang meninggalkan dengan yang ditinggalkan

APA ITU CINTA???


                                  kamus dewan bahasa dan pustaka siri keempat  telah mendefinisikan cinta sebagai kasih sayang antara suami isteri, seorang lelaki dan seorang perempuan, perasaan saling kasih mengasihi antara satu sama lain



Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.
( laman web, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia).

Sudah menjadi adat orang bercinta, berjumpa bertemu dan kemudian jatuh cinta. selepas putus cinta. masing-masing seperti tidak mengenal satu sama lain lagi. bayangkan ikatan perkahwinan suami isteri pun boleh terpisah inikan pula pasangan kekasih tanpa sebarang ikatan.Tambahan pula, percintaan sebelum berkahwin ditegah oleh islam.

walaubagaimanapun kita sebagai manusia yang lemah tidak akn terlepas dari melakukan dosa, lebih-lebih lagi apabila berkaitan  soal hati dan perasaan.

ok. perbezaan antara orang yang ditinggalkan dan meninggalkan.

 
1.  saat mereka meninggalkan pasangan mereka, mungkin mereka tidak merasakan apa-apa perasaan. tetapi lama kelamaan mereka akan dibayangi rasa bersalah. sementara itu orang yang ditinggalkan itu tidak mempunyai rasa bersalah.

2. Perasaan sedih mungkin dirasai oleh kedua-duanya. namun begitu, bagi orang yang meninggalkan. pada awalnya mereka tidak merasai kesedihan itu. tetapi setelah sebulan berlalu mereka akan merasai kesedihan dan keperitan itu. sedangkan orang yang ditinggalkan itu merasai kesedihan pada awal-awalnya sahaja. dan setelah sebulan berlalu. mereka sudah biasa dengan perasaan itu.

3. Menyesal. penyesalan akan dirasai oleh orang yang meminta putus (break off). sedangkan orang yang diputuskan itu hanya mempunyai satu perasaan sahaja iaitu sedih.

dan perbezaan yang terbesar disini ialah. orang yang diputuskan itu mungkin susah untuk melupakan orang yang pernah dicintainya dan tergolong dalam golongan pencinta yang setia.
 
hayati erti hadis ini. dan amalkannya. anda pasti tidak akan terluka lagi.kerana ianya adalah suatu cinta yang abadi. :)
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

No comments: