Thursday, 28 June 2012

Mekanik yang taat

Mekanik yang taat

                                                           ( gambar hiasan semata-mata )

"Allahu akbar...Allahu akbar"....
Sebaik sahaja mendengar sahaja azan dikumandangkan, mekanik tua itu terus tergesa-gesa meninggalkan bengkelnya yang masih dipenuhi dengan pelanggan-pelanggannya.
Dia meninggalkan bengkelnya begitu sahaja tanpa ada seorang pun penjaga bengkel.

" tidak kah dia risau? kalau-kalau nanti barang-barangnya kena curi ke? duit hilang ke apa ke? "

Dan dia membiarkan sahaja bengkelnya begitu tanpa ada sedikit pun perasaan risau demi menunaikan tanggungjawabnya kepada Penciptanya iaitu Allah SWT.

Pada suatu hari, mekanik dan isterinya ke Sg. Golok untuk mencari barang-barang keperluan mereka.
Kerana disitu barang-barang murah dan bebas cukai, maka mekanik tersebut memilih untuk membeli barang-barang seharian mereka di Sg. Golok.

Dalam perjalanannya ke Sg. Golok, motorsikal yang dinaikinya itu tiba-tiba terhenti kerana rosak.
Sebagai seorang mekanik yang berpengalaman mustahil dia tidak pandai membaiki motorsikalnya sendiri. Dia tengok minyak , penuh. Tengok plug, ok je.
Puas dia termenung , semua yang ada di motorsikal sudah dicheck. Tapi motorsikalnya masih tak hidup-hidup jugak.

Selepas setengah jam berlalu. Dia cuba hidupkan motorsikalnya. Anehnya motorsikalnya hidup seperti biasa. Tiada apa-apa pun yang rosak.
Mekanik itu meneruskan perjalananya menuju ke destinasinya iaitu Sg.Golok , dalam perjalanannya itu , Dia ternampak banyak kereta berhenti di tepi jalan dan semuanya berkumpul di satu tempat, seperti menyaksikan sesuatu.

"dik...apa yang dah jadi tu? kenapa ramai je yang berkumpul tu? ada apa???" tanya mekanik tua itu kepada seorang lelaki yang jauh lebih muda daripadanya sambil memperlahankan motorsikalnya itu.

"ada kes bunuh bang, dengar-dengar tu kes samun, mangsa kena tembak"

                                                           ( gambar hiasan semata-mata )
                                     

Ada beberapa persoalan disini :

1. kenapa mekanik yang berpengalaman itu tidak pandai membaiki motorsikalnya sendiri???

2. Bayangkan kalau motorsikal mekanik itu tidak rosak, apa yang akan terjadi kepada mekanik itu tadi???

(Diceritakan oleh sahabat dari kelantan secara lisan tetapi bayangan ceritanya jelas tergambar difikiran)

Baca lagi...

Wednesday, 27 June 2012

Naskhah Cinta Rasulullah S.A.W

                   
                            Entry blog hari ini berkenaan cinta. 

Cinta merupakan suatu perasaan yang abstract dan begitu luas maknanya.
serta terlalu sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata dan tidak mampu
 dilukiskan dengan sebarang madah bicara. 
Tetapi cinta yang dimaksudkan disini ialah cinta sesama manusia.
Sebuah pepatah arab yang mendefinisikan cinta itu sebagai pekak dan buta. 
Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. 
Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.


Adakah anda benar-benar memahami erti cinta yang sebenarnya?

Apakah yang dimaksudkan dengan cinta?
"alaa... perasaan cinta itu atas sikit daripada rasa sayang "

Adakah itu yang kamu faham tentang cinta?

kamu pasti?


                                             
                                             "NASKHAH CINTA RASULULLAH "

                                        video


                                            untuk video penuh "click disini"

Dengan menonton filem ini. Kamu akan tahu erti cinta , kasih dan sayang yang sebenarnya.

Dan filem ini benar-benar merasai air mata keinsafan ...
Semuanya ibarat sebuah tayangan yang datang menuntut sebuah penghijrahan..
Penghijrahan dari Cinta kepada Cinta ...
Cinta yang sebenar-benarnya...

Bersama mengejar Mardhatillah ..Aamiin 


Baca lagi...

Tuesday, 26 June 2012

Andai Hari Esok Anda ....



           Bayangkan andai keesokan harinya. Saat mata kamu terbuka dari tidur. Ayah dan Ibumu sudah tiada lagi di dunia ini. Kamu lihat disebuah sudut terkujur sebuah tubuh yang sudah kaku tidak bernafas.
kamu ingin memandikan jenazah mereka sebagai tanda penghormatan terakhir kamu dari seorang anak kepada ibu bapanya. sayangnya kamu tidak pandai.


           Apabila orang lain sedang membaca surah yassin , kamu pula tidak pandai membaca sepatah pun surah.

Dimanakah ketaatan mu wahai anak?


               Dimanakah kasih sayang kamu terhadap kedua orang tuamu yang telah membesarkan kamu dengan  penuh kasih sayang?


           Begitukah tanda terima kasih dari seorang anak kepada orang tua mu yang begitu besar jasanya kepada kamu?

           Kamu pandai membaca buku-buku berbahasa inggeris tetapi kamu tidak pandai membaca ayat-ayat Al-Qur'an.


Kamu mampu berbahasa inggeris dengan fasihnya tetapi apabila mengaji kamu tergagap-gagap.
kamu juga mampu membaca novel-novel cinta yang beratus-ratus muka suratnya dengan pelbagai tajuk tanpa jemu, tapi Al-Qur'an yang satu sudah berapa kali kamu khatam membacaNya?

kamu mampu menghafal pelbagai lirik lagu , alangkah bagusnya kamu jika kamu mampu menghafaz ayat-ayat suci Al-Qur'an.

sebelum ajal datang menjemput...
sebelum kita terlambat...
ayuh kawan-kawan...
kita cari mardhatillah(keredhaan Allah S.W.T) ...


 Sabda Rasulullah saw,

“Apabila mati anak Adam, maka akan terputuslah segala pahala amalannya melainkan tiga amalan iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Baca lagi...

Sunday, 24 June 2012

Kenapa Kita Takut Dengan Hantu?

                      kenapa kita takut dengan hantu???



                                                                (gambar hiasan)




                               Sedikit coretan dari secebis pengalaman kehidupanku di kem.



                  Malam itu hujan rintik-rintik. Suasana begitu tenang dengan keadaan yang sedikit suram. Mungkin kerana hujan dan masing-masing hanya duduk dikatil masing-masingSeketika suasana menjadi cemas digemparkan dengan laungan mangsa histeria. Kemudian timbulah macam-macam teori daripada seorang ke seorang yang serta merta kelihatan seperti orang-orang profesional. Tetapi semuanya mengaitkan dengan "hantu".


                   Kerana takut, malam itu tiba-tiba semuanya menjadi alim. Ada yang membaca yasin, ada pula yang membaca kitab suci Al-Qur'an. Katil yang "single bed" dicantum-cantumkan. semuanya gara-gara takut.



                 keesokan harinya selepas solat maghrib, kami akan berkumpul disurau sehingga solat isyak. Kemudian , datang seorang jurulatih, yang sememangnya tegas bila berkaitan hal-hal agama.
"malam tadi saya tengok semua pelajar lelaki membaca surah yassin, Al-Qur'an, sejuk hati saya tengok, tapi sayangnya hanya malam tadi, sebelum-sebelum ni tak ada," jurulatih berkata sambil memandang sekeliling sebagai tanda kata-katanya ditujukan untuk semua dan bukannya kepada pelajar lelaki sahaja.


             ketika itu masing mula sibuk bercakap tentang perkara yang sama, dan bagi yang masih tidak tahu pula sibuk bertanya kepada rakan disebelahnya.


         " itulah dia..!!! ketika kecik, ibu bapa suka menakut-nakutkan anak-anak dengan hantu dan kita dah jadi terlalu takut dengan hantu, sedangkan kita patut ditakutkan-takutkan dengan kebesaran Allah, ditakutkan dengan azab api neraka yang panas , tapi tidak, ni ditakut-takutkan dengan hantu pulak, hantu itu siapa dan Allah tu siapa???".



                Seketika aku termenung terfikir sejenak. Ingin menidakkan pun tidak nak mengiyakan pun tidak. Tetapi apa yang diperkatakan itu ada benarnya juga .


         contohnya :




 " Adik nangis la lagi..nangis..nangis....mak panggil hantu   kang,suruh gigit adik "                                                                                      


                                          ATAU

   " adik jangan pegi situ, eeeee takut, takut nanti hantu culik "





               Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :"Dan kepada Akulah (Allah) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain" (Surah Al-Baqarah, ayat 40 ) 



                 Dan takut Kepada Allah adalah ibadah. Di samping memiliki kedudukan yang sangat tinggi di dalam agama, ‘takut’ juga merupakan salah satu perintah Allah ! Sebagaimana di dalam firmanNya: 



               “ Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman ” 

                     (Surah Ali ‘Imran, ayat 175) 


P/S: CK bknlah org yg baik tetapi sekadar berpesan terhadap diri sendiri dan kawan-kawan semua, semoga beroleh manfaat.
Baca lagi...

Nasihat Bagus Daripada Seorang Yang Hampeh





Nasihat Bagus Daripada Seorang Yang Hampeh...!!!


                  Kadang-kadang kita selalu menerima nasihat. Tapi persoalanya disini, adakah kita mampu untuk menerima nasihat daripada orang lain???

                "hek eleh...!!! bagi nasihat kat aku konon, macam lah dia tu baik sangat" atau "dia bagi aku nasihat tentang belajar, kalau dia tu dapat straight A untuk exam tak pela aku boleh terima je , tapi exam dia pun hancur, nak bagi nasihat kat aku konon, wey boleh blah la wey...!!!"

               Tapi bila difikir-fikirkan balik. Sebagai contohnya seorang pakar kaunseling yang mampu memberi nasihat yang bagus terhadap orang lain serta mampu memotivasikan diri orang lain sekalipun, apabila dirinya sendiri lemah atau mempunyai masalah, dia juga terpaksa meminta pertolongan dan nasihat orang lain. Kenapa tidak dia kaunseling dirinya sendiri saja? bukankah dia merupakan pakar kaunseling?. Sebenarnya walau sekuat manapun diri kita, kita masih tidak mampu untuk mengubati diri sendiri.

               Begitu juga dengan seorang doktor. Beliau mampu mengubati ramai pesakit, namun apabila sesekali beliau jatuh sakit, adakah beliau mampu mengubati dirinya sendiri? bukankah beliau seorang doktor?

            kadangkala mata kita buta terhadap perbuatan diri kita sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab orang disekeliling kita untuk membetulkan kesilapan tersebut. Teguran yang diberikan bukanlah bermaksud dia lebih baik dari kita tetapi bukankah saling tegur menegur itu tandanya sayang? jika hari ini kita tersilap dan kawan menegurnya, tetapi esok lusa mungkin kawan kita tersilap dan kita yang menegurnya, bukankah indahnya hidup saling tegur menegur kearah kebaikan



kata-kata Saidina Ali r.a. yang berbunyi: 


  “Janganlah melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan." 
Baca lagi...

Saturday, 23 June 2012

Kisah Pemuda Beribu - Bapakan Khinzir (babi)

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI

 





Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.


Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".


Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.


Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.


Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.


Bai itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu di lap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian di lap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.


Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara ! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.


"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.


"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.


Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."


Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."


Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.


Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.


Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu bapa kita diampuni Allah S.W.T.


Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.


Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.


Baca lagi...

Friday, 22 June 2012

Oh Ibu Oh Ayah Oh Adik

oh ayah oh ibu oh adik



Ibu seorang yang penyayang orangnya.
seawal 5 pagi lagi ibu sudah pun bangun.
dimulakan dengan membersih rumah. Dalam pada itu ibu juga memasak. berkejar-kejar. memasak lagi , membasuh pinggan mangkuk lagi , aku lihat matanya ligat memerhatikan mesin basuh kalau-kalau sudah siap untuk di basuh pakaian yang lain pula.haishhh ibu, ibu tak penat ke?


ayah, selesai sahaja subuh terus bergegas ke tempat kerja. Keluarga kami bukanlah orang yang kaya. Ayah hanya lah pekerja kilang kayu (saw mill) . Pekerjaan ayah amatlah  bahaya, mencari rezeki dicelah-celah mata gergaji yang ligat berpusing membelah apa sahaja dengan lahapnya. Pernah juga digemparkan dengan berita kehilangan jari akibat mesin gergaji itu. kadang-kadang apabila mendengar berita sebegitu gerun juga jadinya. Anak mana  yang tidak risau ? 


 aku anak pertama daripada 4 orang adik beradik.dan sekarang aku sedang melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTA, dan aku berjauhan dari mereka. Adakah aku tahu makan minum mereka macam mana? tidak makan ke? makan ke? dan adalah zalim untuk aku berpakaian berjenama dan mahal-mahal sedangkan ayah dan ibu hanya memakai pakaian kerja. seharian. Hanya itu pakaiannya mereka. lusuh, buruk dan masam peluh,
dan demam tidak berubat.


"kenapa susah benar ayah dan emak nak pergi klinik?"
"bukan apa nak pegi tu nak kena bayar teksi lagi apa lagi, kalau tak pegi klinik duit tu boleh guna kat rumah, sekolah adik-adik ke ", ini jawapan emak.
ayah tidak punya jawapan. Tapi yang aku tahu kerjanya cukup penat, sihat dengan bekerja tanpa ubat. Haishhh ayah, emak pun sama haishhh.....


kenapa korbankan masa muda dan usiamu untuk kami???


(hasil nurkilan semata-mata, cuma pengajaran dan iktibar sedikit-sebanyak mampu memberi pedoman hidup. Salam ukhuwah)


saya tinggalkan anda dengan video bertajuk "surat ibu"

video

Baca lagi...

Thursday, 21 June 2012

Solat dan Amalan Orang Muda Lebih Ikhlas Daripada Solat dan Amalan Orang Tua

                                                          sekadar gambar hiasan.


"solat dan amalan orang muda lebih ikhlas berbanding solat dan amalan orang tua ,itulah kata-kata guru agama saya" kata seorang jurulatih yang sangat seronok untuk bergurau diwaktu-waktu santai. Tetapi apabila ianya berkaitan hal-hal agama , beliau merupakan seorang yang tegas orangnya.

Dalam kepala aku,  aku terfikir-fikir kenapa jurulatih berkata begitu? apakah yang dimaksudkan dengan kata-katanya itu? waktu makan dan tidur hanya perkara sama sahaja yang aku fikirkan.
Pada mula-mulanya agak samar seolah-olah sebuah peta yang masing-masingnya masih samar akan hala tujunya. Tetapi lama-kelamaan pelayaran usia telah membuat aku faham akan maksud disebalik kata-kata jurulatih itu. Walaupun pelbagai persoalan bermain difikiran aku dan telah banyak andaian-andaian yang cuba aku cari. Tetapi salah satu daripadanya yang relevan untuk diterima akal.


Mungkin berkenaan dengan kesanggupan orang muda dalam mengorbankan usia mudanya dalam beribadat kepada Allah
contohnya berapa ramai yang sanggup mengabdikan masa mereka untuk Allah S.W.T ? berapa ramai yang sanggup mengorbankan usia muda mereka dengan beramal ibadat kepada tuhan? dan hari ini jika dilihat , apabila usia menghampiri senja diri semakin sedar , semakin hari kita semakin hampir ke muara  Maha Pencipta.


Dan guru ck juga pernah berkata dengan nada bergurau "ketika muda-muda ni kita sibuk mengejar harta dan apabila dah tua berkedut , dah tak larat dah, baru kita nak duduk dimasjid, buat amal ibadat, barulah nak duduk disaf-saf paling depan sekali" walaupun ianya hanya sekadar mengisi kesunyian kelas dan bergurau bagi menarik semula perhatian pelajar dengan jenaka. Tetapi mungkin ada betulnya juga, siapa yang tahu... 

Baca lagi...

Thursday, 14 June 2012

Harga Segulung Ijazah



Tindakan berhenti kerja secara mengejut tanpa sebarang notis dan tanpa mengambil gaji , pekerja tersebut hanya menyuruh kawannya mengambil baki gajinya daripada bosnya kerana malu  untuk berhadapan dengan bos. Tetapi bos nya enggan. Bos mahu berjumpa sendiri dengan pekerja tersebut.
Pada suatu hari, pekerja tersebut mengambil keputusan untuk berjumpa bos.sesampainya disana. bosnya mengajak untuk berbincang didalam pejabat. masing-masing duduk dimeja berbincang.



Bos: kenapa kamu masuk universiti dan belajar tinggi2?
         pekerja: sebab nak dpt gaji yang tinggi?

Bos: tidak.

Pekerja:supaya dapat kerja yang bagus?

Bos: salah tu.

Pekerja: hrmmm... kenapa?

Bos:  kenapa kamu diberi macam-macam assignment? sedangkan kamu tak tahu apa-apa pun?    kamu baru                  je masuk universiti tp pensyarah dah bagi macam-macam tugasan. kamu belajar macam-macam subject adakah kamu akan guna semua tu masa kamu kerja? kamu tak guna kan? saya belajar biokimia dan tengok..! sekarang saya kerja kontraktor.apa tujuannya kamu belajar di universiti?

Pekerja: hrmm saya tak tau.

Bos: sebenarnya kamu dibebankan dengan pelbagai assignment, belajar pelbagai subject kamu dilatih untuk menyelesaikan masalah. macam mana nak selesaikan kerja yang diberi? tugasan ni macam mana ? semua tu melatih kamu untuk selesaikan masalah. contohnya kamu berniaga. tapi tak laku. dan dari situ kamu akan terpikir macam mana nak atasi masalah itu. dan harga segulung ijazah bukan semata-mata menentukan kelayakkan kamu dalam meminta kerja. tapi dengan segulung ijazah itu. kamu adalah penyelesai masalah yang terlatih.

Baca lagi...