Thursday, 28 June 2012

Mekanik yang taat

Mekanik yang taat

                                                           ( gambar hiasan semata-mata )

"Allahu akbar...Allahu akbar"....
Sebaik sahaja mendengar sahaja azan dikumandangkan, mekanik tua itu terus tergesa-gesa meninggalkan bengkelnya yang masih dipenuhi dengan pelanggan-pelanggannya.
Dia meninggalkan bengkelnya begitu sahaja tanpa ada seorang pun penjaga bengkel.

" tidak kah dia risau? kalau-kalau nanti barang-barangnya kena curi ke? duit hilang ke apa ke? "

Dan dia membiarkan sahaja bengkelnya begitu tanpa ada sedikit pun perasaan risau demi menunaikan tanggungjawabnya kepada Penciptanya iaitu Allah SWT.

Pada suatu hari, mekanik dan isterinya ke Sg. Golok untuk mencari barang-barang keperluan mereka.
Kerana disitu barang-barang murah dan bebas cukai, maka mekanik tersebut memilih untuk membeli barang-barang seharian mereka di Sg. Golok.

Dalam perjalanannya ke Sg. Golok, motorsikal yang dinaikinya itu tiba-tiba terhenti kerana rosak.
Sebagai seorang mekanik yang berpengalaman mustahil dia tidak pandai membaiki motorsikalnya sendiri. Dia tengok minyak , penuh. Tengok plug, ok je.
Puas dia termenung , semua yang ada di motorsikal sudah dicheck. Tapi motorsikalnya masih tak hidup-hidup jugak.

Selepas setengah jam berlalu. Dia cuba hidupkan motorsikalnya. Anehnya motorsikalnya hidup seperti biasa. Tiada apa-apa pun yang rosak.
Mekanik itu meneruskan perjalananya menuju ke destinasinya iaitu Sg.Golok , dalam perjalanannya itu , Dia ternampak banyak kereta berhenti di tepi jalan dan semuanya berkumpul di satu tempat, seperti menyaksikan sesuatu.

"dik...apa yang dah jadi tu? kenapa ramai je yang berkumpul tu? ada apa???" tanya mekanik tua itu kepada seorang lelaki yang jauh lebih muda daripadanya sambil memperlahankan motorsikalnya itu.

"ada kes bunuh bang, dengar-dengar tu kes samun, mangsa kena tembak"

                                                           ( gambar hiasan semata-mata )
                                     

Ada beberapa persoalan disini :

1. kenapa mekanik yang berpengalaman itu tidak pandai membaiki motorsikalnya sendiri???

2. Bayangkan kalau motorsikal mekanik itu tidak rosak, apa yang akan terjadi kepada mekanik itu tadi???

(Diceritakan oleh sahabat dari kelantan secara lisan tetapi bayangan ceritanya jelas tergambar difikiran)

1 comment:

encik Cool said...

setiap perkara pasti ada hikmahnya..