Sunday, 24 June 2012

Nasihat Bagus Daripada Seorang Yang Hampeh





Nasihat Bagus Daripada Seorang Yang Hampeh...!!!


                  Kadang-kadang kita selalu menerima nasihat. Tapi persoalanya disini, adakah kita mampu untuk menerima nasihat daripada orang lain???

                "hek eleh...!!! bagi nasihat kat aku konon, macam lah dia tu baik sangat" atau "dia bagi aku nasihat tentang belajar, kalau dia tu dapat straight A untuk exam tak pela aku boleh terima je , tapi exam dia pun hancur, nak bagi nasihat kat aku konon, wey boleh blah la wey...!!!"

               Tapi bila difikir-fikirkan balik. Sebagai contohnya seorang pakar kaunseling yang mampu memberi nasihat yang bagus terhadap orang lain serta mampu memotivasikan diri orang lain sekalipun, apabila dirinya sendiri lemah atau mempunyai masalah, dia juga terpaksa meminta pertolongan dan nasihat orang lain. Kenapa tidak dia kaunseling dirinya sendiri saja? bukankah dia merupakan pakar kaunseling?. Sebenarnya walau sekuat manapun diri kita, kita masih tidak mampu untuk mengubati diri sendiri.

               Begitu juga dengan seorang doktor. Beliau mampu mengubati ramai pesakit, namun apabila sesekali beliau jatuh sakit, adakah beliau mampu mengubati dirinya sendiri? bukankah beliau seorang doktor?

            kadangkala mata kita buta terhadap perbuatan diri kita sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab orang disekeliling kita untuk membetulkan kesilapan tersebut. Teguran yang diberikan bukanlah bermaksud dia lebih baik dari kita tetapi bukankah saling tegur menegur itu tandanya sayang? jika hari ini kita tersilap dan kawan menegurnya, tetapi esok lusa mungkin kawan kita tersilap dan kita yang menegurnya, bukankah indahnya hidup saling tegur menegur kearah kebaikan



kata-kata Saidina Ali r.a. yang berbunyi: 


  “Janganlah melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan." 

5 comments:

Waalid5035 ™ said...

hilangkan sifat ego dalam diri kita,insyaAllah segala nasihat kita dapat terima dengan hati yang lapang...^_^

encik Cool said...

kita perlu terbuka hati apabila menerima nasihat..

CK said...

insya'Allah semoga kita sama2 berubah kearah kebaikan, sama2 mencari nur mardhatillah amin.. terima kasih waalid dan mr.cool yeahh..

HAKIM AMIR said...

Terima kasih berkongsi. Ada pengisian yang tersendiri. Teruskan dalam menasihati di ruang maya.

CK said...

terima kasih hakim , insya'Allah sy akn cuba brkongsi agar dpt memberi manafaat kepada para pembacanya ^^, thanks ye