Friday, 22 June 2012

Oh Ibu Oh Ayah Oh Adik

oh ayah oh ibu oh adik



Ibu seorang yang penyayang orangnya.
seawal 5 pagi lagi ibu sudah pun bangun.
dimulakan dengan membersih rumah. Dalam pada itu ibu juga memasak. berkejar-kejar. memasak lagi , membasuh pinggan mangkuk lagi , aku lihat matanya ligat memerhatikan mesin basuh kalau-kalau sudah siap untuk di basuh pakaian yang lain pula.haishhh ibu, ibu tak penat ke?


ayah, selesai sahaja subuh terus bergegas ke tempat kerja. Keluarga kami bukanlah orang yang kaya. Ayah hanya lah pekerja kilang kayu (saw mill) . Pekerjaan ayah amatlah  bahaya, mencari rezeki dicelah-celah mata gergaji yang ligat berpusing membelah apa sahaja dengan lahapnya. Pernah juga digemparkan dengan berita kehilangan jari akibat mesin gergaji itu. kadang-kadang apabila mendengar berita sebegitu gerun juga jadinya. Anak mana  yang tidak risau ? 


 aku anak pertama daripada 4 orang adik beradik.dan sekarang aku sedang melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTA, dan aku berjauhan dari mereka. Adakah aku tahu makan minum mereka macam mana? tidak makan ke? makan ke? dan adalah zalim untuk aku berpakaian berjenama dan mahal-mahal sedangkan ayah dan ibu hanya memakai pakaian kerja. seharian. Hanya itu pakaiannya mereka. lusuh, buruk dan masam peluh,
dan demam tidak berubat.


"kenapa susah benar ayah dan emak nak pergi klinik?"
"bukan apa nak pegi tu nak kena bayar teksi lagi apa lagi, kalau tak pegi klinik duit tu boleh guna kat rumah, sekolah adik-adik ke ", ini jawapan emak.
ayah tidak punya jawapan. Tapi yang aku tahu kerjanya cukup penat, sihat dengan bekerja tanpa ubat. Haishhh ayah, emak pun sama haishhh.....


kenapa korbankan masa muda dan usiamu untuk kami???


(hasil nurkilan semata-mata, cuma pengajaran dan iktibar sedikit-sebanyak mampu memberi pedoman hidup. Salam ukhuwah)


saya tinggalkan anda dengan video bertajuk "surat ibu"

video

6 comments:

UniMeOw said...

itulah ayah...itulah ibu..

benda 1st yg dyorang utamakan,,mesti anak2...Y_Y

CK said...

hrmmm yes, itulah insan yg mengutamakan anak2 sblm diri sndiri ^^

aizamia3 said...

sebagai anak kita doakan yang terbaik buat mereka..

CK said...

ye, doakn yg bterbaik buat mereka. thanks ye aizamia3

ana fatihah said...

Pengorbanan ibu bapa memang xleh cakap.Terlalu banyak. :)

CK said...

terlalu byk , kalau pengorbanan itu dihitung dgn buih dilaut, dibalas balik mcm mana skali pun tetap tak terbayar, thanks ye fatihah ^^