Saturday, 21 July 2012

Kanak-kanak Dilarang Ke Masjid???

                                  Kanak-kanak Dilarang Ke Masjid???








Pelik juga apabila ada sesetengah masjid orang yang mengunjungi masjid. Mereka melarang kanak-kanak daripada dibawa ke masjid dengan alasan akan menganggu jemaah masjid. Ada pula yang sehinggakan sanggup meletakkan tanda bahawa "kanak-kanak yang belum akhil baligh adalah dilarang dibawa ke masjid".


Rata-rata Orang Melayu jarang yang bawa kanak-kanak ke Masjid.  Banyak Masjid-masjid yang AJK mereka tidak galakkan kanak-kanak bersama ibu bapa ke dewan Utama Solat kerana sudah tabiat semulajadi - fitrah mereka akan bermain dan membuat bising bila Jemaah sedang Solat.  Tetapi hal ini berlainan di Tanah Suci.  Walau Solat Subuh, kanak kanak diheret bersama ke Masjid sama ada Masjid Nabawi di Madinah atau Masjidil Haram di Makkah.  



Pemikiran orang dewasa atau sebagai orang yang lebih tua sepatutnya lebih berpengalaman. Bilangan Umurnya yang banyak sepatutnya menjadikan mereka berfikiran luas dan terbuka, namun sayangnya usia hanyalah sekadar ukuran umur semata-mata. 


Melarang kanak-kanak daripada dibawa ke masjid bukanlah suatu pilihan yang bijak kerana sikap sebegini akan membuatkan kanak-kanak menjadi "jauh" dengan masjid. Sepatutnya , mereka dibawa bersama-sama ke masjid agar, hati dan jiwa mereka dekat dengan rumah ibadat agama islam. Bayangkan, anak-anak yang baru  berusia 6 tahun tetapi sudah dibawa ke masjid bersama-sama ayah mereka. Dan mereka turut sama berdiri ditepi ayah mereka. Alangkah indahnya suasana ini. Kanak-kanak itu juga mampu belajar sesuatu. Dan kalau ada kanak-kanak yang membuat bising, atau bergurau sepatutnya mereka dinasihatkan dengan berhemah dan elakkan memarahi mereka. Jadikanlah masjid sebagai tempat yang mesra kepada masyarakat tanpa mengira umur. 



********************************************************

"Suruhlah anak-anak kamu bersolat apabila umur mereka 7 tahun, dan pukullah mereka apabila mereka berumur 10 tahun, dan pisahkan mereka dari tempat tidur [kamu]" [Riwayat Abu Daud]. 

Syiekh Saleh al-Fawzan mengatakan bahawa kanak-kanak yang telah masuk umur 7 tahun boleh dibawa ke masjid bagi tujuan latihan, proses pembesaran mereka dan menjelaskan amalan-amalan sunat kepada mereka. Bagi mereka yang bawah 7 tahun, tidak perlu bawa ke masjid melainkan mereka ini jenis yang tidak mengganggu orang sedang bersolat di masjid. 

*********************************************************

1 comment:

Pn. Haryati Mohd Sarkawi said...

2nd Ramadhan...Reset minda pencinta ilmu :)http://www.cikguemas.com/2012/07/reset-minda-anak-belajar-rajin-rajin.html