Monday, 9 July 2012

Sakaratul Maut...



                                      Sakaratul Maut




Untuk Renungan Kita Bersama....

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari." ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa"

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.


1 hari=24 jam=1440 minit
1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita

=20.571 minit

INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT

WALLAHUALLAM. ..

credit to:setan83

Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian kepada Kami kamu dikembalikan. (Every soul will taste death. Then to Us will you be returned). (Al-Ankabut: 57)

Allah SWT berfirman, maksudnya : "Dan sesungguhnya akan Kami rasakan kepada mereka yang melakukan dosa sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)." (as-Sajadah: 21)


ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA MENGHADAPI ALAM KEMATIAN???

SUDAH CUKUPKAH AMAL IBADAT ANDA???

3 comments:

Ana Syazwana98 said...

21 minit setiap kali???wauu..

encik Cool said...

orang yang pandai orang yang sentiasa mengingati kematian..

CK said...

Ana Syazwana98: ye kalau dibahagikan macam tu la hehehe... thanks sbb singgah kebun cili yg xseberapa ni hahaha... slm ukhuwah

encik cool: sama2 kita mengingati mati supaya akhirat sentiasa tertanam dihati kita... thanks sbb sudi singgah hehee .. slm ukhuwah ^^