Sunday, 15 July 2012

Suratan Takdir

                                       Suratan Takdir...







Kadangkala kita sering dihadapkan dengan dua pilihan dan kedua-dua pilihan tersebut bagaikan sebuah pintu dengan pelbagai tanda tanya yang kita sendiri tidak pasti
adakah itu pilihan yang terbaik untuk kita???
kalau itu bukan yang terbaik apa akan jadi dengan hidup aku nanti???
kalau pilihan aku salah, macam mana nanti???


Sama ada dalam menempuhi bidang pekerjaan ataupun pelajaran dan mungkin dalam kehidupan kita...

Dan sebagai contohnya bagi seorang pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke universiti. Dalam pengisian borang itu, kita akan diberi beberapa pilihan bidang dan universiti yang ingin kita pergi. Namun, kita sendiri tidak pasti bidang apakah yang sesuai dengan kita...


Dulu sewaktu aku ingin melanjutkan pelajaran ke universiti, aku minat sangat-sangat dengan bidang sastera, kawan-kawan menasihati agar mengambil bidang lain supaya dapat belajar something new.


Semester pertama sememangnya benar-benar menguji jiwa, semua yang dipelajari seakan-akan begitu sukar untuk difahami. Seolah-olah pensyarah mengajar mengunakan suatu bahasa yang aneh untuk aku fahami. Aku mengambil keputusan untuk menukar bidang yang aku pelajari iaitu bidang sejarah kepada bidang sastera. Kerana aku yakin, masa depanku adalah sastera.
seminggu selepas berlalu, surat permohonan yang aku hantarkan di pejabat kedekanan untuk diproses masih lagi tidak memberikan sebarang perkembangan. Akhirnya aku nekad untuk membatalkan permohonan pertukaran bidang.


Pada malamnya. Aku terjumpa dengan seorang pelajar yang lebih senior daripada aku.

Senior: eh dik... adik tahun satu kan? ambil kos apa?

aku:  ye bang, saya ambil sejarah tapi sebenarnya saya minat sastera. abang pulak?

senior: oh.. abang amik bahasa melayu, tapi minat sejarah hehehe...

aku:  abang minat ke dengan kos abang sekarang ni? kenapa tak buat surat untuk tukar je?

senior: abang tak minat bidang bahasa melayu ni, abang nak sejarah.. dulu abang pernah buat surat mintak tukar ke sejarah,  abang dapat tukar, tapi last-last sekali abang terfikir, antara pilihan Allah SWT dengan pilihan kita mesti pilihan Dia lebih baik dari pilihan kita sendiri... Abang yakin pilihan Allah adalah yang terbaik untuk abang.



Perlahan-lahan aku mulai hanyut sedang terfikir-fikir kenapa dan mengapa? dan perlahan-lahan juga aku mulai memahaminya... dan dalam sedar tak sedar aku mulai mengambil langkah untuk meneruskan bidang yang aku pelajari. Walaupun aku sendiri tidak minat , namun aku percaya kata-kata abang itu, bahawa antara pilihan kita dengan pilihan Allah , tentulah pilihan Allah lebih baik untuk kita...

Dan suasana malam yang hampir pagi memerlukan aku untuk melelapkan mata daripada kenangan lalu ...

p/s: Secebis pengalaman dari "aku" kepada CK

6 comments:

Sharifah Hazimah Al-Yahya said...

percayalah ,pilihan Dia lebih tepat sbb Dia lebih mengetahui. betul ape kate senior awak tu.
Lect Zyma, dulu dia minat sgat nk jd arkitek, if i.m nt mistaken. but dia smbung ekonomi and now dia ade Dr dah pun n jadi lecture ekonomi.
so, just go on dgn ape yg awak ade sekarang nie ye.

mizz RFL said...

yup betul tu.. Allah lebih taw apa yg terbaik untuk kita

Siti Arfah said...

Moga lbih smngt dan redho utk mneruskn pmbelajaran. :)

kaki bola said...

kdg2 kita ingt suatu benda tu baik utk kita tapi sebaliknya, act, benda yang kita terima dgn kecewa tu yang terabekk.

CK said...

mizz RFL: Ye betul tu, tanks for sudi singgah sini ... slm ukhuwah ^^

Siti Arfah: insya'Allah ... thanks for singgah sini.. salam ukhuwah ye ^^
kaki bola: ye, betul tu kerana kdgkala Allah tudak memberikan apa yang kita inginkan tetapi DIA berikan apa yang kita perlukan... thanks for singgah sini.. slm ukhuwah ye ^^

Gogi So said...

Thanks your's post ! Maybe you like download ringtones for mobile please visit here: http://bestringtones.mobi/instrumental-ringtones/,
Best ringtones download free for mobile, top ringtones free for android, ios: https://nhacchuonghay.info/,